PULAU INDAH, 1 JUL 23 - Pusat Hidrografi Nasional telah melaksanakan Program Ibadah Korban dan Akikah secara gotong royong dengan pihak AJK Masjid al-Qayyum Bandar Armada Putra bersama-sama ahli kariah masjid pada tanggal 1 Jul 2023 bersamaan 12 Zulhijjah 1444H. Penyertaan dari Pusat Hidrografi Nasional pada tahun ini adalah sebanyak 2 ekor lembu. YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan turut hadir dalam majlis qurban pada kali ini.