PULAU INDAH, 21 JUL 23 - Perbarisan Ketua Pengarah Hidrografi telah dilaksanakan dengan jayanya pada pagi ini. Perbarisan yang diketuai oleh P/Kdr Razimi bin Mohd Damri TLDM ini terdiri daripada 4 platun dengan penglibatan seramai 190 orang pegawai dan anggota lain-lain pangkat termasuk kakitangan awam. Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan turut berbesar hati menyampaikan hadiah bagi pemenang Peraduan Mengarang Esei Maritim TLDM 2023, Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif serta penyampaian Anugerah Kualiti Penggal Kedua 2023. Tahniah dan syabas diucapkan buat para pemenang dan penerima anugerah.