PULAU INDAH, 13 OKT 23 - Warga #NavyPeople dari Pusat Hidrografi Nasional mengucapkan Selamat Menyambut Hari Sukan Negara 2023 kepada seluruh rakyat Malaysia. Warga #NavyPeople dari Pusat Hidrografi Nasional telah melaksanakan aktiviti senamrobik, fun run sejauh 3km dan aktiviti suka bola tampar serta futsal pada pagi ini bagi menyahut #HSN2023 pada kali ini. Aktiviti ini bukan sahaja melibatkan seluruh warga PHN, malah pada kali ini turut disertai oleh pelajar daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dan juga murid-murid daripada Sekolah Kebangsaan Pulau Indah 2 (SKPI 2) bagi memeriahkan sambutan HSN 2023 peringkat PHN.