Top Ad

 

SESI LAWATAN KE TOK BALI SUPPLY BASE SEMPENA MESYUARAT JAWATANKUASA HIDROGRAFI NEGARA (MJHN) KE - 28

TOK BALI, 01 NOVEMBER 23 - Bersempena MJHN Ke-28 pada kali ini, perwakilan JHN dari pelbagai agensi kerajaan dan IPTA bersama delegasi PHN seramai 38 orang berpeluang melawat Tok Bali Supply Base (TBSB) di Pasir Puteh, Kelantan sebagai aktiviti tambahan bagi memberi pendedahan dan pengalaman kepada perwakilan JHN melihat perkembangan TBSB sebagai operator pangkalan bekalan di Semenanjung Malaysia yang berjaya dalam menyedia dan menawarkan semua keperluan dan perkhidmatan sokongan untuk pengguna tempatan dan luar negara. TBSB telah beroperasi sejak 2014 sebagai hub pangkalan bekalan untuk kegiatan logistik hiliran dan huluan petroleum yang memberi tumpuan kepada tiga gerbang ekplorasi dan pengeluaran minyak dan gas iaitu North Malay Basin (NMB), Malaysia-Thailand Joint Development Area (MTJDA) dan Malaysia – Vietnam Commercial Arrangement Area (MVCAA). Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat keselamatan dan pengenalan TBSB oleh GM Nur Hasmin Kamaruzzaman dan seterusnya sesi pertukaran cenderahati antara TBSB dan ketua delegasi, Ketua Pengarah Hidrografi (KPH). Di kesempatan itu juga KPH turut membuat serahan carta nautika Tok Bali terbitan tahun 2023 kepada TBSB, hasil pengukuran bersama sebelum ini. Setelah itu delegasi MJHN telah dibawa melawat ke jeti utama dan persekitaran pangkalan bekalan Tok Bali. Sememangnya, ianya adalah lawatan dan pertemuan yang sangat produktif yang diisi dengan perkongsian maklumat dan pertukaran ilmu yang baik. Terima kasih khas kepada TBSB atas layanan yang sangat menggalakkan. Bravo Zulu kepada semua!

   

   

   

ANUGERAH PHN

 

APLIKASI ONLINE


 
 

Hubungi Kami


Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra,
Pulau Indah,
42009 Pelabuhan Klang,
Selangor, Malaysia

 

Telephone
+6019-6164120 (QM)

Kaunter Jualan Carta
+6019-6155722

Isnin - Jumaat
8:00AM - 5.00PM 

 

 

Capaian Pantas

 

 Hak Cipta | Dasar & privasi | Penafian

   

Pengunjung

Hari ini 115

Mingguan 1378

Bulanan 927

Keseluruhan 240013