PULAU INDAH, 10 NOV 23 - BENGKEL PEGAWAI HIDROGRAFI BAGI TAHUN 2023 (BPH23) telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Pusat Hidrografi Nasional bermula pada 7 hingga 10 November 2023. Pelaksanaan BPH23 ini merupakan platform untuk mengadakan sesi perbincangan, percambahan minda, pembangunan modal insan dan interaksi berkesan di kalangan peserta terutamanya dari unit luar PHN bagi tujuan sumbang saran, berkongsi pandangan dalam menambah baik tadbir urus organisasi hidrografi TLDM.