Top Ad

 

MAJLIS PENUTUPAN DAN GRADUASI HYDROGRAPHIC SURVEYING (UTM HYDRO I) KATEGORI B 2023

JOHOR BHARU, 27 NOV 23 - Majlis Penutup dan Graduasi UTM HYDRO I Kategori B 2023 telah dilaksanakan pada 27 Nov 2023 bertempat di Le Grandeur Palm Resort, Johor Bahru. Tahniah diucapkan kepada 4 x anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari kepakaran Hidrografi yang telah terpilih dan berjaya menamatkan kursus UTM HYDRO I dengan jayanya. Penghantaran peserta dari kalangan anggota LLP untuk menyertai kursus ini adalah demi menyahut aspirasi PHN untuk melahirkan anggota TLDM yang lebih kompeten dan bertaraf dunia setanding dengan negara maju yang lain. Majlis turut diserikan dengan kehadiran oleh YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksda Dato’ Hanafiah bin Hassan, Ketua Pegawai Staf Metoc dan Pertahanan, Kdr Ts. Mohd Khairunie bin Mohamed TLDM, Dekan Fakulti Alam Bina dan Ukur, UTM, Prof Sr Dr Kherun Nita binti Ali, Pengarah Jabatan Geoinformasi, Dr. Zamri bin Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Hidrografi UTM (FIG/IHO/ICA) Prof Sr Dr Mohd Razali bin Mahmud dan semua tenaga pengajar yang terlibat. Tahniah dan syabas kepada semua penuntut kursus yang telah berjaya menamatkan kursus dengan cemerlang.

   

   

ANUGERAH PHN

 

APLIKASI ONLINE


 
 

Hubungi Kami


Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra,
Pulau Indah,
42009 Pelabuhan Klang,
Selangor, Malaysia

 

Telephone
+6019-6164120 (QM)

Kaunter Jualan Carta
+6019-6155722

Isnin - Jumaat
8:00AM - 5.00PM 

 

 

Capaian Pantas

 

 Hak Cipta | Dasar & privasi | Penafian

   

Pengunjung

Hari ini 82

Mingguan 1168

Bulanan 717

Keseluruhan 239803