Top Ad

 

HARI KELUARGA PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL 2023

SHAH ALAM, 2 DIS 23 - "Harta Yang Paling Berharga" Moto yang dipilih pada tahun ini bagi sambutan Hari Keluarga Pusat Hidrografi Nasional 2023 bertempat di iCity Water World Shah Alam. Majlis telah berjaya dilaksanakan dengan kehadiran warga pangkalan bersama ahli keluarga dan turut diserikan dengan kehadiran YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan serta isteri Datin Nor Hayati binti Abdullah. Majlis telah dimulakan dengan acara perasmian oleh Ketua Pengarah Hidrografi disusuli dengan kemeriahan gimik pelancaran majlis berlatarkan lagu “Harta Berharga” dendangan artis seberang. Pelbagai permainan turut disediakan kepada semua yang hadir. Majlis menjadi lebih istimewa buat kanak-kanak dengan permainan outdoor yang disediakan seperti Egg hunt, Musical Tube, Rubber & Straw, Hole in One. Acara Rescue 911 & Fire Fighter bagi yang dewasa. Tahniah diucapkan kepada pemenang bagi setiap permainan dan cabutan bertuah yang telah dilaksanakan. Terima kasih atas semangat kerja berpasukan yang ditonjolkan! Semoga ikatan silaturahim ini dapat dikekalkan hingga ke akhir hayat. Terima kasih juga diucapkan kepada barisan AJK bagi Sambutan Hari Keluarga pada tahun ini yang telah memberikan sepenuh komitmen untuk menjayakan hari yang penuh bermakna buat seluruh warga Pusat Hidrografi Nasional dan keluarga.

   

   

   

ANUGERAH PHN

 

APLIKASI ONLINE


 
 

Hubungi Kami


Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra,
Pulau Indah,
42009 Pelabuhan Klang,
Selangor, Malaysia

 

Telephone
+6019-6164120 (QM)

Kaunter Jualan Carta
+6019-6155722

Isnin - Jumaat
8:00AM - 5.00PM 

 

 

Capaian Pantas

 

 Hak Cipta | Dasar & privasi | Penafian

   

Pengunjung

Hari ini 86

Mingguan 1172

Bulanan 721

Keseluruhan 239807