PULAU INDAH, 14 DIS 2023 - Program Kerohanian Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Kd Sultan Abdul Aziz Shah Ke-17. Cawangan Agama Islam KD SAAS telah mengadakan Program Kerohanian Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH Ke-17 pada tanggal 1 Jamadil Akhir 1445H bersamaan 14 Dis 2023. Pengisisan Program Kerohanian dimulakan dengan Solat Sunat Hajat seterusnya bacaan Tahlil serta Doa Selamat dan diakhiri dengan Bicara Ilmu yang disampaikan oleh penceramah jemputan Al-Fadhil Ustaz Harryanto Rizal bin Rokman. Beliau merupakan Pendakwah Bebas, Pakar Runding Umrah dan Pengarah Urusan di UstazHarry Umrah Travel Services Sdn Bhd. Tajuk ceramah yang disampaikan adalah “PENGORBANAN DALAM PERJUANGAN”. Program ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan, Ketua Pengarah Hidrografi bersama-sama 120 orang warga pangkalan.