Kuala Lumpur, 27 FEB 2024 - PENCAPAIAN AIMS 2023 KEMENTERIAN PERTAHANAN. Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Isham bin Ishak telah menyempurnakan pembukaan taklimat Accountability Index Monitoring System (AIMS) untuk tahun 2024. Di majlis yang sama, 8 daripada 112 Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Kementerian Pertahanan telah diumumkan sebagai PTJ yang mencapai prestasi AIMS 100% untuk tahun 2023, di mana 3 PTJ adalah dari TLDM. Mendahului senarai ialah PTJ Pusat Hidrografi Nasional, disusuli dengan PTJ Bahagian Kejuruteraan, Markas Tentera Laut dan KD SRI TAWAU. 5 PTJ lain adalah dari Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat, Malaysian Defence Intelligence Organisation (MDIO), Markas 1 Briged, Wisma Transit Kuala Lumpur dan Bahagian Sumber Manusia, Markas Tentera Udara. Selesai sesi pembukaan, setiap PTJ yang mencapai score 100% diberi 3 minit untuk berkongsi tips, amalan baik dan inisiatif yang telah dilaksanakan. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua PTJ yang berjaya, semoga menjadi inspirasi untuk terus cemerlang.