Top Ad

 

MAJLIS BERBUKA PUASA, PROGRAM QIAMULLAIL DAN GEMPUR SUBUH PANGKALAN SIRI 1/24

PULAU INDAH, 22 MAC 2024 - Nabi S.A.W. bersabda; “Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang yang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah dosa.” (Riwayat Muslim). Pangkalan TLDM Pulau Indah telah melaksanakan Majlis berbuka Puasa, Program Qiamullail dan Gempur Subuh Pangkalan Siri 1/24 pada 21 dan 22 Mac 2024 bersamaan 10 & 11 Ramadan 1445H bertempat di Wisma Laskar PTPI. Program ini diserikan lagi dengan kehadiran YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan, Pengarah Geospatial, Kepten Lukman Hanafiah bin Azamar Omar TLDM bersama-sama 110 orang warga pangkalan. Majlis berbuka Puasa, Qiamullail dan Gempur Subuh bertujuan mengukuhkan lagi ikatan silaturrahim di kalangan warga di samping sebagai latihan serta persediaan awal kepada semua mengulangkaji cara-cara Qiyamullail/Qiyam Ramadan sebelum melangkah masuk ke fasa terakhir Ramadan untuk memburu malam Lailatul Qadar tahun ini yang akan berlaku pada malam-malam ganjil 10 malam terakhir Ramadan. Program diakhiri dengan tausiyah ringkas Ramadan, disampaikan oleh Peg Agama Pangkalan, Mejar Mohamad Aswad bin Abdul Rahman.

   

   

   

ANUGERAH PHN

 

APLIKASI ONLINE


 
 

Hubungi Kami


Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra,
Pulau Indah,
42009 Pelabuhan Klang,
Selangor, Malaysia

 

Telephone
+6019-6164120 (QM)

Kaunter Jualan Carta
+6019-6155722

Isnin - Jumaat
8:00AM - 5.00PM 

 

 

Capaian Pantas

 

 Hak Cipta | Dasar & privasi | Penafian

   

Pengunjung

Hari ini 205

Mingguan 205

Bulanan 5617

Keseluruhan 238840