Top Ad

 

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PANGKALAN TLDM PULAU INDAH

PULAU INDAH, 2 APRIL 2024 - Maksudnya: “Al-Quran ini sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), kitab yang banyak faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya dan untuk orang-orang yang berakal sempurna mengambil pelajarannya”. (Surah Shad: Ayat 29). Pangkalan TLDM Pulau Indah telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran Pangkalan pada tanggal 2 Apr 2024 bersamaan 22 Ramadan 1445H. Majlis merupakan program terakhir bagi aktiviti Ihya’ Ramadan pangkalan yang telah dirancang pada tahun ini. Pada kali ini seramai 30 peserta yang terdiri dari kalangan pegawai dan anggota telah berjaya menamatkan bacaan al-Quran 30 juzu’ secara berkumpulan dalam program tadarus al-Quran yang telah bermula seawal Ramadan yang pertama lagi. Majlis diakhiri dengan penyampaian cendera hati tadarus oleh YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan dengan diiringi Pengarah Geospatial, Kepten Lukman Hanafiah bin Azamar Omar TLDM. Semoga al-Quran terus-menerus menjadi rakan akrab kita di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat kelak serta didoakan agar segala usaha dan mujahadah kita sepanjang Ramadan tahun ini diterima di sisi Allah ‘azza wajalla.

   

   

   

ANUGERAH PHN

 

APLIKASI ONLINE


 
 

Hubungi Kami


Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra,
Pulau Indah,
42009 Pelabuhan Klang,
Selangor, Malaysia

 

Telephone
+6019-6164120 (QM)

Kaunter Jualan Carta
+6019-6155722

Isnin - Jumaat
8:00AM - 5.00PM 

 

 

Capaian Pantas

 

 Hak Cipta | Dasar & privasi | Penafian

   

Pengunjung

Hari ini 191

Mingguan 191

Bulanan 5603

Keseluruhan 238826