PUTRAJAYA, 2 APRIL 2024 - Majlis Iftar Ramadhan Wisma Indah 2024 telah berlangsung dengan jayanya pada 2 April 2024 bertempat di DoubleTree by Hilton, Putrajaya Lakeside. Majlis iftar ini dimeriahkan dengan kehadiran Ahli Wisma dan YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan selaku Penaung Wisma Indah serta Datin Nor Hayati binti Abdullah turut sama menyerikan majlis. Majlis yang berkonsepkan santai ini bertujuan merapatkan tautan ukkhuwah yang sedia terbina di kalangan ahli wisma dalam menyambut Ramadhan al-Mubarak 1445 Hijriah.