KUALA LUMPUR, 9 MEI 2024 - KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL ( PHN ) KE JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA ( JUPEM ). Kesinambungan kerjasama strategik di antara PHN dan JUPEM diteruskan dengan kunjungan hormat daripada delegasi PHN kepada Sr. Hazri bin Hassan, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia (KPUP) JUPEM, bertempat di Wisma JUPEM pada 9 Mei 24.Delegasi PHN diketuai oleh Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan, Ketua Pengarah Hidrografi serta diiringi oleh Kepten Lukman Hanafiah bin Azamar Omar TLDM, Pengarah Geospatial dan Kdr Ts.GS. Mohd Shukri bin Mohd Yusop TLDM, Ketua Pegawai Staf Dasar & Sumber Manusia.