PELABUHAN KLANG, 11 NOV 24 - KUNJUNGAN SEMPENA PENGUNDURAN KE PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL OLEH PANGLIMA ARMADA TIMUR. Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Hj Muhammad Ruzelme bin Hj Ahmad Fahimy telah melaksanakan lawatan rasmi ke National Hydrographic Centre hari ini sempena pengunduran sebagai Panglima Armada Timur dan seterusnya bersara dari perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia amnya dan Tentera Laut Diraja Malaysia khasnya setelah lebih 40 tahun menabur bakti kepada negara. Kehadiran beliau telah disambut oleh YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan dan pengurusan tertinggi @mynathydrocentre.