PULAU INDAH, 19 DIS 2024 - MAJLIS SERAH TUGAS PENGARAH GEOSPATIAL di antara Pengarah Geospatial Kept Lukman Hanafiah bin Azamar Omar TLDM dan Kdr Ts. Gs. Mohd Shukri bin Mohd Yusop TLDM telah dilaksanakan di Auditorium PHN pada 19 Dis 24. Majlis telah disaksikan oleh YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan. Kept Lukman Hanafiah bin Azamar Omar TLDM akan bertukar keluar dan mengikuti Kursus Ketahanan Nasional Siri 6/2025 di Maktab Ketahanan Nasional manakala Kdr Ts. Gs Mohd Shukri bin Mohd Yusop TLDM akan meneruskan legasi pemerintahan yang baharu selaku Pengarah Geospatial di Pusat Hidrografi Nasional.