PULAU INDAH. 06 MAY 2025 - MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT bagi anggota Lain-lain Pangkat (LLP) telah dilaksanakan di Auditorium Pangkalan TLDM Pulau Indah pada 6 Mei 25. Seramai 5 orang anggota telah dinaikkan pangkat pada petang ini. Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan dan diiringi oleh Pengarah Geospatial, Kdr Ts. Gs. Mohd Shukri bin Mohd Yusop TLDM dan Pegawai Memerintah KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH, Kdr Ts. Dilagar Muthumani a/l Chockalingam TLDM. Tahniah diucapkan kepada kesemua anggota yang dinaikkan pangkat. Semoga terus maju jaya di dalam perkhidmatan.