26 Apr - Pulau Indah. Ingatlah bahawa warga TLDM adalah Pendokong, Pejuang, Pahlawan, Benteng Pertahanan Negara, Pemegang Amanah, Penjaga kepada kesucian agama, kehormatan bangsa dan kedaulatan negara tercinta ini. Oleh itu, bersama-samalah mempertingkatkan keimanan dan sentiasa bertawakkal serta berkhidmat dengan penuh keikhlasan dengan penuh amanah berteraskan ajaran Islam yang syumul. Berikut adalah antara intipati Khutbah Khas Solat Jumaat sempena Hari TLDM 85 yang bertajuk Armada Siaga TLDM Perkasa di Masjid Al-Qayyum, Bandar Armada Putra.
