24 Apr 19 - Program Corporate Social Responsibility (CSR) antara PHN dan Royal Australian Navy sempena Engagement TLDM bersama Australia Defence Force Indo-Pacific Endeavour 2019 (ADF-IPE 19) telah dilaksanakan di Mah Meri Cultural Village, Pulau Carey. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah membina pondok kecil berbumbungkan daun kelapa sebagai tanda tradisi orang asli, membersihkan kawasan persekitaran, demo pertunjukkan perkahwinan tradisi orang asli, bermain permainan tradisional seperti congkak dan lastik serta sesi menanam anak pokok sebagai simbolik persahabatan. Acara selesai pada jam 1300H dengan diakhiri sesi bergambar.
