Top Ad

 

AUDIT PERSIJILAN SEMULA MS ISO 9000:2015 PHN

3 Mei - Pusat Hidrografi Nasional telah lulus dalam Audit Persijilan Semula MS ISO 9000:2015 yang berlangsung pada 2 hingga 3 Mei 19. Audit yang diketuai oleh Encik Fadhullah bin Rahmat selaku Ketua Auditor dan dibantu oleh Encik Akmar Hisham bin Saat dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd. telah dimulakan dengan taklimat pembukaan Audit yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Hidrografi Laksamana Muda Hanafiah bin Hassan manakala taklimat penutup audit pada 3 Mei telah dipengerusikan oleh Pengarah Kanan Hidrografi Laksamana Pertama Dr. Najhan bin Md Said. Sijil sah diperakui hingga 20 Mei 2022.

Metodologi pelaksanaan audit pensijilan adalah memastikan pengurusan kualiti di PHN berlandaskan arahan kerja yang didaftarkan dan memenuhi kehendak sepertimana pensijilan ISO iaitu "Kompilasi Maklumat Hidrografi, Kartografi, Oseanografi dan Meteorologi merangkumi penerbitan Carta Nautika, Jadual Pasang Surut dan Laporan Alam Sekitar. Skop audit pensijilan semula adalah memastikan semua arahan kerja bagi setiap seksyen yang didaftarkan dipatuhi sepenuhnya.

ANUGERAH PHN

 

APLIKASI ONLINE


 
 

Hubungi Kami


Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra,
Pulau Indah,
42009 Pelabuhan Klang,
Selangor, Malaysia

 

Telephone
+6019-6164120 (QM)

Kaunter Jualan Carta
+6019-6155722

Isnin - Jumaat
8:00AM - 5.00PM 

 

 

Capaian Pantas

 

 Hak Cipta | Dasar & privasi | Penafian

   

Pengunjung

Hari ini 110

Mingguan 1040

Bulanan 5030

Keseluruhan 238253