Top Ad

 

PROGRAM VIRTUAL STAFF INTERACTION (VSI) ANTARA TLDM DAN TENTERA LAUT INDIA

PULAU INDAH, 4 MEI 21 - Program Interaksi Virtual Staff Interaction (VSI) di antara TLDM dan Tentera Laut India telah berjaya dilaksanakan pada 4 Mei 21 secara atas talian dengan menggunakan platform CISCO WEBEX. VSI ini bertujuan membincangkan keperluan kerjasama yang telah dijalinkan kedua - dua negara setelah memeterai MoU Kerjasama Pertahanan sejak tahun 1993. TLDM diwakili oleh Laksma Razib bin Tahir (Panglima Angkatan Kapal Selam), Kept Ismail bin Othman TLDM (Pengarah Sumber Manusia - Pembangunan) dan Kept Lukman Hanafiah bin Azamar Omar TLDM (Pengarah Geospatial).

Antara isu kerjasama hidrografi yang telah dibincangkan adalah berkenaan tawaran kursus, MoU kerjasama hidrografi serta lawatan ke fasiliti hidrografi kedua-dua buah negara. Manakala perbincangan lain menjurus kepada kerjasama kapal selam dan program-program latihan di bawah kendalian Bahagian Sumber Manusia, Markas Tentera Laut (Mk TL).
 

ANUGERAH PHN

 

APLIKASI ONLINE


 
 

Hubungi Kami


Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra,
Pulau Indah,
42009 Pelabuhan Klang,
Selangor, Malaysia

 

Telephone
+6019-6164120 (QM)

Kaunter Jualan Carta
+6019-6155722

Isnin - Jumaat
8:00AM - 5.00PM 

 

 

Capaian Pantas

 

 Hak Cipta | Dasar & privasi | Penafian

   

Pengunjung

Hari ini 18

Mingguan 948

Bulanan 4938

Keseluruhan 238161