

Super User
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.
LAPORAN TAHUNAN KPH TAHUN 2022
Published in
Laporan Tahunan Ketua Pengarah
Thursday, 22 June 2023 09:45
Tagged under
3RD INTERNATIONAL HYDROGRAPHIC ORGANIZATION (IHO) ASSEMBLY
Published in
Info Terkini
Friday, 05 May 2023 17:47
MONAC0, 5 MAY 23 - 3rd International Hydrographic Organization (IHO) Assembly. Rear Admiral Dato’ Hanafiah bin Hassan, Director General of the National Hydrographic Centre of Malaysia, leads the delegation from Malaysia attending the 3rd International Hydrographic Organization (IHO) Assembly in Monaco on 1-5 May 2023. Over 450 hydrographers and ocean enthusiasts from around the world gather in Monaco during this assembly. The gathering provides a forum for countries to come together, discuss new developments in technical standards, ocean mapping, and agree on resolutions to guide activities. This year, the key topics covered will include the future of charts and the steps to ensure the transition to digital data systems. HSH Prince Albert II of Monaco inaugurated the Assembly, along with keynote speakers Dr Heike Deggim of the IMO, Dr Kerri-Ann Jones of OECD, and Dr Vladimir Ryabinin of IOC UNESCO (UNESCO Ocean).
Tagged under
PULAU INDAH, 22 APR 23 - Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri khas bagi pegawai dan anggota yang bertugas di pagi 1 Syawal telah dilaksanakan di Wisma Laskar, Pangkalan TLDM Pulau Indah seusai Solat Sunat Aidilfitri. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan diiringi oleh Pegawai Memerintah KD SAAS, Kdr Selva Kumar a/l Subramaniam TLDM. Pemberian bungkusan raya turut disempurnakan oleh YBhg Ketua Pengarah Hidrografi kepada pegawai dan anggota yang bertugas pada 1 Syawal.
Tagged under
MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN BERBUKA PUASA PANGKALAN
Published in
Info Terkini
Thursday, 13 April 2023 21:33
PULAU INDAH, 13 APR 23 - Pusat Hidrografi Nasional telah menganjurkan Majlis Khatam al-Quran dan Berbuka Puasa Pangkalan pada tanggal 13 Apr 2023 bersamaan 22 Ramadan 1444H. Seramai 32 peserta yang terdiri dari kalangan pegawai dan anggota telah berjaya menamatkan bacaan al-Quran 30 juzu’ secara berkumpulan dalam program tadarus al-Quran pada kali ini. Majlis pada hari ini diakhiri dengan Majlis Berbuka Puasa Pangkalan yang bertemakan ala kampung. Seramai 250 orang yang terdiri daripada warga pangkalan bersama keluarga telah hadir dalam majlis tersebut. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hasan dan isteri, Datin Nor Hayati binti Abdullah. Semoga al-Quran terus-menerus menjadi rakan akrab kita di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat kelak serta didoakan agar segala usaha dan mujahadah kita sepanjang Ramadan tahun ini diterima di sisi Allah ‘azza wajalla.
Tagged under
PULAU INDAH, 13 APR 23 - Tanda Aras TLDM atau Benchmark Number 58 (BM 58) yang menjadi simbolik Pusat Hidrografi Nasional (PHN) kepada Ketua Pengarah Hidrografi yang ke-7. Tanda Aras TLDM merupakan teras utama dalam aktiviti pengukuran hidrografi dan pencartaan yang merujuk kepada aras Lowest Astronomical Tide (LAT) atau Datum Carta (CD). Aras LAT merupakan fenomena paras laut yang paling rendah berlaku setiap 18.6 tahun. Penubuhan benchmark dibina pada struktur tetap dan kukuh bertujuan untuk mengabadikan kedudukan CD setelah ianya ditentukan. Sehingga kini, PHN telah menubuhkan sebanyak 173 Tanda Aras TLDM di seluruh negara dan salah satunya adalah BM 58 yang menjadi benchmark utama PHN selaku penguasa hidrografi di Malaysia.
Tagged under
KUNJUNGAN HORMAT OLEH PANGLIMA SELAM DAN PEPERANGAN PERIUK API
Published in
Info Terkini
Thursday, 06 April 2023 13:55
PULAU INDAH, 6 APR 23 - Panglima Selam dan Peperangan Periuk Api, Laksamana Pertama Hj Shahriman bin Hj Mahmud menerima Kawalan Suku dan melaksanakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan hari ini.
Tagged under
LAPORAN TAHUNAN KPH TAHUN 2021
Published in
Laporan Tahunan Ketua Pengarah
Tuesday, 18 April 2023 14:46
Tagged under
LAPORAN TAHUNAN KPH TAHUN 2020
Published in
Laporan Tahunan Ketua Pengarah
Tuesday, 18 April 2023 14:45
Tagged under
LAPORAN TAHUNAN KPH TAHUN 2019
Published in
Laporan Tahunan Ketua Pengarah
Tuesday, 18 April 2023 14:43
Tagged under
Tagged under