

Super User
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.
LAWATAN RASMI PANGLIMA TENTERA LAUT PAKISTAN KE PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL
Published in
Info Terkini
Wednesday, 09 August 2023 18:58
PULAU INDAH, 9 OGOS 23 - Pusat Hidrografi Nasional (PHN) dengan sukacitanya telah menerima kunjungan hormat daripada Panglima Tentera Laut Pakistan, Laksamana Muhammad Amjad Khan Niazi NI (M) S Bt, bersama dengan delegasinya pada pagi ini. Kunjungan delegasi Panglima Tentera Laut Pakistan merupakan sebahagian daripada siri Lawatan Rasmi ke Malaysia yang berlangsung dari 8 hingga 12 Ogos 2023. Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan, dengan tulus hati telah menyambut kunjungan barisan delegasi Panglima Tentera Laut Pakistan. Dalam kunjungan singkat ini, Laksamana Muhammad Amjad Khan Niazi telah melawat beberapa bahagian dan cawangan penting di PHN, termasuk Sel Kawalan Mutu, Sel Kartografi, Cawangan Meteorologi dan Cawangan Geospatial Marin.
Tagged under
PENGAUDITAN TERHADAP PENGURUSAN KEWANGAN DAN PENGESAHAN JAWAPAN ACCOUNTABILITY INDEX MONITORING SYSTEM (AIMS)
Published in
Info Terkini
Tuesday, 01 August 2023 18:47
PULAU INDAH, 1 OGOS 23 - Pengauditan Terhadap Pengurusan Kewangan dan Pengesahan Jawapan Accountability Index Monitoring System (AIMS) Pusat Hidrografi Nasional (PHN) Tahun 2023 oleh Bahagian Audit Dalam dan Siasatan Am (BADSA) Kementerian Pertahanan Malaysia telah selesai dilakukan bermula pada 24 hingga 28 Julai 2023. Pengauditan dan Pengesahan Jawapan AIMS bertujuan untuk memastikan PTJ PHN mematuhi tatacara dan peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa semasa mengurus dan menggunakan sumber berdasarkan objektif yang ditetapkan. Skop pengauditan merangkumi Kawalan Pengurusan, Bajet, Terimaan, Perolehan, Perbelanjaan, Pengurusan Aset dan Stor serta Pengurusan Kenderaan Kerajaan.
Tagged under
MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) BAGI TAHUN 2022
Published in
Info Terkini
Monday, 31 July 2023 18:06
PULAU INDAH, 31 JUL 23 - Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi Tahun 2022 telah dilaksanakan pada pagi ini di Wisma Bintara, Pangkalan TLDM Pulau Indah. Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan. Tahniah dan Syabas buat semua penerima anugerah APC pada kali ini! Ia sebagai suntikan inspirasi kepada warga #NavyPeople dari Pusat Hidrografi Nasional untuk terus cemerlang.
Tagged under
COURTESY CALL BY THE COMMANDING OFFICER OF FS BEAUTEMPS BEAUPRE ON THE DIRECTOR GENERAL OF NATIONAL HYDROGRAPHIC CENTRE
Published in
Info Terkini
Monday, 31 July 2023 17:54
PULAU INDAH, 31 JUL 23 - Courtesy Call on Director General of National Hydrographic Centre, Rear Admiral Dato’ Hanafiah bin Hassan by Commanding Officer of FS BEAUTEMPS BEAUPRE, Commander Pierre Sithamma.
Tagged under
MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI MEMERINTAH KD PERANTAU
Published in
Info Terkini
Friday, 28 July 2023 17:37
LUMUT, 28 JUL 23 - Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah KD PERANTAU telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan. Pegawai Memerintah KD PERANTAU iaitu Kdr Mohd Firdaus bin Mohd Tahir TLDM bertukar keluar ke Majlis Keselamatan Negara dan P/Kdr Ahmad Rizuan bin Hussin TLDM akan meneruskan legasi pemerintahan yang baharu selaku Pegawai Memerintah KD PERANTAU yang ke-15. Tahniah diucapkan.
Tagged under
Tagged under
COURTESY CALL BY THE CHIEF OF INDONESIA NAVY HYDRO-OCEANOGRAPHIC CENTRE
Published in
Info Terkini
Thursday, 27 July 2023 16:31
PULAU INDAH, 27 JUL 23 - Prior to the Handing Over of the Coordinator of Malacca and Singapore Straits Electronic Navigational Chart (MSS-ENC) Ceremonial, Vice Admiral TNI Nurhidayat, Chief of Indonesia Navy Hydro-Oceanographic Centre, had the privilege of a heartfelt courtesy call with Rear Admiral Dato’ Hanafiah bin Hassan, Director General of National Hydrographic Centre.
Tagged under
PULAU INDAH, 21 JUL 23 - Perbarisan Ketua Pengarah Hidrografi telah dilaksanakan dengan jayanya pada pagi ini. Perbarisan yang diketuai oleh P/Kdr Razimi bin Mohd Damri TLDM ini terdiri daripada 4 platun dengan penglibatan seramai 190 orang pegawai dan anggota lain-lain pangkat termasuk kakitangan awam. Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan turut berbesar hati menyampaikan hadiah bagi pemenang Peraduan Mengarang Esei Maritim TLDM 2023, Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif serta penyampaian Anugerah Kualiti Penggal Kedua 2023. Tahniah dan syabas diucapkan buat para pemenang dan penerima anugerah.
Tagged under
PULAU INDAH, 17 JUL 23 - Majlis Pemakaian Pangkat bagi Pegawai Agama KD SAAS, Kapt Mohamad Aswad bin Abdul Rahman telah dilaksanakan di Auditorium PHN pada 17 Jul 23. Pegawai telah dinaikkan ke pangkat Pemangku Mejar mulai 9 Feb 23. Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan dengan diiringi oleh Pegawai Memerintah KD SAAS, Kdr Selva Kumar a/l Subramaniam TLDM. Warga #NavyPeople dari Pusat Hidrografi Nasional mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan semoga terus maju jaya di dalam perkhidmatan. #SediaBerkorban
Tagged under
PULAU INDAH, 1 JUL 23 - Pusat Hidrografi Nasional telah melaksanakan Program Ibadah Korban dan Akikah secara gotong royong dengan pihak AJK Masjid al-Qayyum Bandar Armada Putra bersama-sama ahli kariah masjid pada tanggal 1 Jul 2023 bersamaan 12 Zulhijjah 1444H. Penyertaan dari Pusat Hidrografi Nasional pada tahun ini adalah sebanyak 2 ekor lembu. YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan turut hadir dalam majlis qurban pada kali ini.
Tagged under