

Super User
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.
Tagged under
Tagged under
Tagged under
Tagged under
Punca Kuasa
1. Keputusan Jemaah Menteri Bil.443/887/72 memberi kuasa kepada PHN untuk melaksanakan kerja-kerja pengukuran
2. AKTA 660 Akta Garis Pangkal Zon Maritim 2006
3. AKTA 750 Akta Laut Wilayah 2012
Tagged under
PHN PEMENANG SPECIAL ACHIEVEMENT IN GIS (SAG) AWARD 2021
Published in
Pencapaian dan Pengiktirafan
Wednesday, 12 April 2023 12:58
Pusat Hidrografi Nasional (PHN) melakar sejarah sekali lagi apabila dipilih buat pertama kalinya untuk menerima Special Achievement in GIS (SAG) Award 2021 yang telah diumumkan semasa Esri User Conference (UC) 2021 pada 12 Jul 21. Anugerah ini telah diwujudkan oleh ESRI sejak tahun 2010 untuk mengiktiraf pencapaian dan inovasi yang dihasilkan oleh pengguna perisian ArcGIS dalam membangunkan keupayaan Gegraphic Information System (GIS).
ESRI merupakan syarikat pengeluar produk ArcGIS, yang merupakan perisian pemetaan dan spatial analytics yang digunakan oleh kebanyakan organisasi kerajaan dan swasta di seluruh dunia. Perisian ini tidak hanya digunakan untuk tujuan pemetaan, tetapi turut digunakan di dalam bidang lain yang melibatkan maklumat geospatial seperti perancang bandar, pertahanan, perisikan, pertanian, perikanan dan sebagainya.
PHN telah terpilih sebagai salah satu penerima SAG 2021 bagi pembangunan pangkalan data MyMarine GeoHub dan Marine Chart Service (MCS) yang merupakan perkhidmatan carta digital berasaskan web services. Anugerah ini secara tidak langsung telah mengiktiraf inisiatif yang telah dilaksanakan oleh PHN di dalam membangunkan keupayaan Infrastruktur Data Spatial Marin (IDSM) negara melalui MyMarine GeoHub. Jack Dangermond (Father of GIS) selaku presiden dan pengasas ESRI, telah terlibat di dalam pemilihan pemenang untuk menerima anugerah ini.
Sejajar dengan penganugerahan ini, PHN telah dijemput bagi mewakili domain marin sebagai panel di dalam sesi Special Interest Group (SIG) bagi sektor maritim yang telah diadakan pada 15 Jul 21 secara maya. Melalui sesi ini, PHN telah berkongsi pengalaman dan pencapaiannya di dalam membangunkan IDSM dan penyediaan perkhidmatan secara atas talian kepada pihak pengguna. Selain PHN sesi ini juga melibatkan 2 pembentangan daripada US Army Corp Engineering berhubung pengurusan Inland Water ENC di Sungai Mississippi dan Sungai Ohio berdekatan Louisville. Sesi SIG ini telah dibuat secara maya dan telah melibatkan penyertaan seramai 405 peserta daripada seluruh dunia. PHN telah diwakili oleh Pengarah Geospatial iaitu Kepten Lukman Hanafiah bin Azamar Omar TLDM.
Senarai Pemenang SAG Award 2021
Paparan Bagi Aplikasi Maritime Charat Service (MCS)
Pengarah Geospatial sedang menyampaikan projek MyMarine GeoHub Database dan MCS yang dibangunkan oleh PHN
Sesi Special Interest Group (SIG) Esri UC 21 yang telah disampaikan oleh Kepten Lukman Hanafiah bin Azamar Omar TLDM
Sesi Special Interest Group (SIG) Esri UC 21 yang telah disampaikan oleh Kepten Lukman Hanafiah bin Azamar Omar TLDM
Perancangan Transformasi PHN kepada Marine Geospatial 2050
Terdapat 13 kategori dataset dan 60 sub-dataset yang telah ditetapkan bagi data Geospatial Marin
Diagram menunjukkan proses penerimaan data sehingga terhasil produk nautika termasuk perkhidmatan (online).
Daniel McBride wakil U.S. Army Corps of Engineers memberikan taklimat semasa Sesi Special Interest Group (SIG) Esri UC 21
Dr. Patricia DiJoseph wakil U.S. Army Corps of Engineers memberikan taklimat semasa Sesi Special Interest Group (SIG) Esri UC 21.
Tagged under
Pusat Hidrografi Nasional telah mencipta sejarah apabila telah dianugerahkan sebagai pemenang Geoinnovation Award 2020 iaitu Projek Maritime Chart Service (MCS) dalam kategori Exemplary Geography Information System (GIS) Project oleh Esri Malaysia. Projek MCS adalah inisiatif membangunkan pangkalan data marin dalam menyediakan perkhidmatan dan produk nautika yang lebih berkualiti, berdensiti tinggi, mudah dicapai serta kebolehoperasian selari dengan platform GIS agensi-agensi kerajaan lain di negara ini. Projek ini juga sebahagian dari inisiatif Marine Geospatial 2050 yang menyokong Pelan Transformasi #15 to 5 TLDM.
MCS merupakan produk yang membolehkan pengguna mengakses Electronic Navigational Chart (ENC) melalui web services. Jika sebelum ini, pengguna memerlukan Electronic Chart Display and Information System (ECDIS) untuk mengakses ENC, namun kini pengguna hanya menggunakan MCS melalui capaian internet bagi memaparkan carta secara digital, malahan pengguna mampu memilih dan mendapatkan maklumat spatial secara on the fly. Proses perancangan pelayaran mahupun pembangunan maritim adalah jauh lebih mudah dilaksanakan secara digital dan dinamik tanpa perlu memikirkan kemaskini sel ENC kerana teknologi atas talian ini memberi kemudahan pengguna dimana segala informasi panduarah sel ENC dikemaskini di server utama.
Terdahulu, penerbitan ENC keluaran PHN adalah terhad kepada perkakasan ECDIS untuk dipaparkan. Menyedari keterbatasan ini, PHN melaksanakan inovasi dalam menyediakan perkhidmatan MCS berdasarkan utilization of advancement technology. Platform GIS menyedikan keupayaan yang membolehkan data dan maklumat diproses, dianalisis dan dapat diintegrasi dengan lebih mudah dan meluas.
Trofi Geoinnovation Award ini telah disampaikan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Esri Malaysia, Mr Tan Choong San kepada Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan di PHN pada 4 Mac 21. Menurut Ketua Pengarah Hidrografi, pengiktirafan ini menjadi dorongan kuat untuk PHN terus memperkukuhkan kedudukan sebagai peneraju GIS dalam bidang marin di peringkat nasional. PHN seterusnya merancang untuk meneliti keperluan bagi membangunkan beberapa web services seperti ini bagi memupuk budaya kreatif dan inovatif di kalangan warga PHN, menyumbang kepada peningkatan penyampaian perkhidmatan serta secara tidak langsung membantu pembangunan sektor maritim dan pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Ketua Pengarah Hidrografi Menerima Trofi Geoinnovation Award 2020 daripada CEO Esri Malaysia
Ketua Pengarah Hidrografi Menerima Sijil Penghargaan Geoinnovation Award 2020 daripada CEO Esri Malaysia
Trofi dan Sijil Penghargaan Geoinnovation Award 2020
LK I HDI Noor Izaty mengemaskini data bagi aplikasi yang dibangunkan
BM HDI Fahmi menggunakan aplikasi Maritime Chart Service (MCS)secara atas talian
Staf Cawangan Geospatial Marin berbincang mengenai aplikasi yang dibangunkan
Tagged under
TALIAN UTAMA PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL TERKINI 03-40160816
Published in
Pengumuman
Wednesday, 11 October 2023 14:10
Tagged under
Tagged under
Tagged under