

Super User
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.
REPRESENTATIVE OF THE UNITED KINGDOM HYDROGRAPHIC OFFICE ( UKHO ) VISIITNG NATIONAL HYDROGRAPHIC CENTRE ( NHC )
Published in
Info Terkini
Thursday, 16 May 2024 18:24
PULAU INDAH, 16 MAY 2024 - REPRESENTATIVE OF THE UNITED KINGDOM HYDROGRAPHIC OFFICE ( UKHO ) VISIITNG NATIONAL HYDROGRAPHIC CENTRE ( NHC ). The collaboration between NHC and UKHO continued with the visit by Mr. Christopher Hunt, UKHO’s Head of Partnering & Engagement Asia Pacific, along with Capt Antony Julian Stockbridge RN, the Defense Advisor at the British High Commission of Malaysia, to NHC on May 16, 2024.The visit’s main objective is to discuss the Memorandum of Arrangement (MoA) on Charting and Hydrographic Cooperation between both organisations.
Tagged under
KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH MARITIM SELANGOR KE ATAS KETUA PENGARAH HIDROGRAFI
Published in
Info Terkini
Thursday, 16 May 2024 18:03
PULAU INDAH , 16 MEI 2024 - KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH MARITIM SELANGOR KE ATAS KETUA PENGARAH HIDROGRAFI. Kunjungan hormat oleh Kepten (M) Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh ke atas YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan pada pagi ini.
Tagged under
KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL ( PHN ) KE JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA ( JUPEM )
Published in
Info Terkini
Thursday, 09 May 2024 18:38
KUALA LUMPUR, 9 MEI 2024 - KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL ( PHN ) KE JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA ( JUPEM ). Kesinambungan kerjasama strategik di antara PHN dan JUPEM diteruskan dengan kunjungan hormat daripada delegasi PHN kepada Sr. Hazri bin Hassan, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia (KPUP) JUPEM, bertempat di Wisma JUPEM pada 9 Mei 24.Delegasi PHN diketuai oleh Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan, Ketua Pengarah Hidrografi serta diiringi oleh Kepten Lukman Hanafiah bin Azamar Omar TLDM, Pengarah Geospatial dan Kdr Ts.GS. Mohd Shukri bin Mohd Yusop TLDM, Ketua Pegawai Staf Dasar & Sumber Manusia.
Tagged under
PULAU INDAH, 2 MEI 2024 - COURTESY CALL on Director General of National Hydrographic Centre, Rear Admiral Dato’ Hanafiah bin Hassan by Senior Captain Escort Task Group 118, Senior Captain Ding Wanguo.
Tagged under
Pulau Indah, 10 April 2024 - MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI khas bagi pegawai dan anggota yang bertugas di pagi 1 syawal telah dilaksanakan di Wisma Laskar, Pangkalan TLDM Pulau Indah seusai Solat Sunat Aidilfitri.Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan diiringi oleh Pegawai Memerintah KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH, Kdr Selva Kumar a/l Subramaniam TLDM.
Tagged under
MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KUALITI DAN PENYERAHAN BUNGKUSAN HARI RAYA AIDILFITRI
Published in
Info Terkini
Friday, 05 April 2024 03:55
PULAU INDAH, 4 APRIL 2024 - Majlis Penyampaiyan Anugerah Kualiti dan Penyerahan Bungkusan Hari Raya Aidilfitri kepada warga #NavyPeople Pusat Hidrografi Nasional yang akan bertugas pada 1 Syawal 1445H. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan. Semoga dengan sedikit manisan ini dapat menyerikan pagi Syawal mereka yang sedang bertugas.
Tagged under
PUTRAJAYA, 2 APRIL 2024 - Majlis Iftar Ramadhan Wisma Indah 2024 telah berlangsung dengan jayanya pada 2 April 2024 bertempat di DoubleTree by Hilton, Putrajaya Lakeside. Majlis iftar ini dimeriahkan dengan kehadiran Ahli Wisma dan YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan selaku Penaung Wisma Indah serta Datin Nor Hayati binti Abdullah turut sama menyerikan majlis. Majlis yang berkonsepkan santai ini bertujuan merapatkan tautan ukkhuwah yang sedia terbina di kalangan ahli wisma dalam menyambut Ramadhan al-Mubarak 1445 Hijriah.
Tagged under
MAJLIS KHATAM AL-QURAN PANGKALAN TLDM PULAU INDAH
Published in
Info Terkini
Tuesday, 02 April 2024 06:26
PULAU INDAH, 2 APRIL 2024 - Maksudnya: “Al-Quran ini sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), kitab yang banyak faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya dan untuk orang-orang yang berakal sempurna mengambil pelajarannya”. (Surah Shad: Ayat 29). Pangkalan TLDM Pulau Indah telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran Pangkalan pada tanggal 2 Apr 2024 bersamaan 22 Ramadan 1445H. Majlis merupakan program terakhir bagi aktiviti Ihya’ Ramadan pangkalan yang telah dirancang pada tahun ini. Pada kali ini seramai 30 peserta yang terdiri dari kalangan pegawai dan anggota telah berjaya menamatkan bacaan al-Quran 30 juzu’ secara berkumpulan dalam program tadarus al-Quran yang telah bermula seawal Ramadan yang pertama lagi. Majlis diakhiri dengan penyampaian cendera hati tadarus oleh YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan dengan diiringi Pengarah Geospatial, Kepten Lukman Hanafiah bin Azamar Omar TLDM. Semoga al-Quran terus-menerus menjadi rakan akrab kita di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat kelak serta didoakan agar segala usaha dan mujahadah kita sepanjang Ramadan tahun ini diterima di sisi Allah ‘azza wajalla.
Tagged under
MAJLIS BERBUKA PUASA, PROGRAM QIAMULLAIL DAN GEMPUR SUBUH PANGKALAN SIRI 1/24
Published in
Info Terkini
Friday, 22 March 2024 18:05
PULAU INDAH, 22 MAC 2024 - Nabi S.A.W. bersabda; “Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang yang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah dosa.” (Riwayat Muslim). Pangkalan TLDM Pulau Indah telah melaksanakan Majlis berbuka Puasa, Program Qiamullail dan Gempur Subuh Pangkalan Siri 1/24 pada 21 dan 22 Mac 2024 bersamaan 10 & 11 Ramadan 1445H bertempat di Wisma Laskar PTPI. Program ini diserikan lagi dengan kehadiran YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan, Pengarah Geospatial, Kepten Lukman Hanafiah bin Azamar Omar TLDM bersama-sama 110 orang warga pangkalan. Majlis berbuka Puasa, Qiamullail dan Gempur Subuh bertujuan mengukuhkan lagi ikatan silaturrahim di kalangan warga di samping sebagai latihan serta persediaan awal kepada semua mengulangkaji cara-cara Qiyamullail/Qiyam Ramadan sebelum melangkah masuk ke fasa terakhir Ramadan untuk memburu malam Lailatul Qadar tahun ini yang akan berlaku pada malam-malam ganjil 10 malam terakhir Ramadan. Program diakhiri dengan tausiyah ringkas Ramadan, disampaikan oleh Peg Agama Pangkalan, Mejar Mohamad Aswad bin Abdul Rahman.
Tagged under
MAJLIS AMANAT PEGAWAI PENGAWAL, ANUGERAH ACCOUNTABILITY INDEX MONIORING SYSTEM ( AIMS ) DAN PUSAT TANGGUNGJAWAP ( PTJ ) TERBAIK TAHUN 2023 KEMENTERIAN PERTAHANAN
Published in
Info Terkini
Wednesday, 20 March 2024 18:12
KUALA LUMPUR, 20 MAC 24 - MAJLIS AMANAT PEGAWAI PENGAWAL, ANUGERAH ACCOUNTABILITY INDEX MONIORING SYSTEM ( AIMS ) DAN PUSAT TANGGUNGJAWAP ( PTJ ) TERBAIK TAHUN 2023 KEMENTERIAN PERTAHANAN telah dilaksanakan di Wisma Pertahanan yang telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia, YBhg Datuk Seri Isham bin Ishak. Majlis ini diadakan bagi memberi penghargaan kepada PTJ yang mencapai prestasi cemerlang AIMS tahun 2023 mengikut aktiviti. Terdapat sebanyak 23 PTJ yang menerima anugerah AIMS iaitu 8 Anugerah Khas AIMS 100% dan 15 Anugerah PTJ Terbaik AIMS mengikut Program dan Aktiviti. Ketua Pengarah Hidrografi, YBhg Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan selaku Pengurus PTJ turut hadir bagi menerima anugerah. Pusat Hidrografi Nasional (PHN) telah menerima sebanyak 2 anugerah iaitu Anugerah Khas AIMS 100% Tahun 2023 dan Anugerah PTJ Terbaik Kategori Sederhana. PHN juga turut mendapat Penarafan 5 Bintang dalam pengurusan kewangan berdasarkan AIMS bagi tahun 2023.
Tagged under