

Super User
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat.
PULAU INDAH, 22 NOV 2024 - PEBARISAN KETUA PENGARAH HIDROGRAFI telah dilaksanakan dengan jayanya pada pagi ini. Perbarisan yang diketuai oleh Kdr Ramli bin Mohd TLDM ini terdiri daripada 4 platun dengan penglibatan seramai 120 orang pegawai dan anggota lain-lain pangkat termasuk kakitangan awam. Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan turut meluangkan masa dalam Majlis Ramah Mesra bersama warga National Hydrographic Centre di Wisma Bintara sejurus selesai perbarisan.
Tagged under
KUALA LUMPUR, 11 NOV 24 - MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT bagi 3 orang Pegawai Hidrografi TLDM telah dilaksanakan di KD SRI GOMBAK pada 11 Nov 24. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Zulhelmy bin Ithnain. Mendahului senarai kenaikan pangkat adalah Kdr Ramli bin Mohd TLDM, Kdr Mohamad Sufian bin Othman TLDM, Lt Kdr Muhammad Erffan bin Yusof TLDM.
Tagged under
KUNJUNGAN SEMPENA PENGUNDURAN KE PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL OLEH PANGLIMA ARMADA TIMUR
Published in
Info Terkini
Monday, 11 November 2024 18:07
PELABUHAN KLANG, 11 NOV 24 - KUNJUNGAN SEMPENA PENGUNDURAN KE PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL OLEH PANGLIMA ARMADA TIMUR. Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Hj Muhammad Ruzelme bin Hj Ahmad Fahimy telah melaksanakan lawatan rasmi ke National Hydrographic Centre hari ini sempena pengunduran sebagai Panglima Armada Timur dan seterusnya bersara dari perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia amnya dan Tentera Laut Diraja Malaysia khasnya setelah lebih 40 tahun menabur bakti kepada negara. Kehadiran beliau telah disambut oleh YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan dan pengurusan tertinggi @mynathydrocentre.
Tagged under
MESYUARAT KE-16 JAWATANKUASA TEKNIKAL MARIN MyGDI (JTMM)
Published in
Info Terkini
Tuesday, 12 November 2024 01:19
Pulau Indah, 29 OKT 24 - MESYUARAT KE-16 JAWATANKUASA TEKNIKAL MARIN MyGDI (JTMM) ) telah berlangsung di National Hydrographic Centre. Mesyuarat tahunan yang dipengerusikan oleh YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan melibatkan kehadiran seramai 33 wakil daripada 20 kementerian/ jabatan/ agensi berserta Government Linked Companies (GLC) yang menganggotai JTMM. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk mengemaskini status perkongsian, pengurusan, penyimpanan, penggunaan dan pelepasan data marin melalui kerjasama di kalangan keanggotaan JTMM untuk menyokong pembangunan Malaysia Geospatial Data Infrastructure (MyGDI). Kolaborasi perkongsian data marin ini merupakan satu kekuatan yang perlu diteruskan serta dikekalkan dalam pembangunan MyGDI yang lebih komprehensif, menyeluruh dan sistematik. PHN mengucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua perwakilan JTMM yang hadir.
Tagged under
MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS TIMBALAN KETUA PENGARAH HIDROGRAFI
Published in
Info Terkini
Tuesday, 22 October 2024 18:54
Pulau Indah, 29 Okt 2024 - MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS TIMBALAN KETUA PENGARAH HIDROGRAFI di antara Laksamana Pertama Dr. Najhan bin Md Said dan Kept Lukman Hanafiah bin Azamar Omar TLDM telah disempurnakan oleh YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan.
Tagged under
Pulau Indah, 22 Okt 2024 - COURTESY CALL on Director General of National Hydrographic Centre, Rear Admiral Dato’ Hanafiah bin Hassan by Indonesian Naval Defence Attache, Marine Colonel (P) Mochamad Andri Wahyu Sudrajat and the new Indonesian Naval Defence Attache, Marine Colonel Kusno Eko Haryanto.
Tagged under
AUDIT DALAMAN PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL (PHN) dan AUDIT KESIAPSIAGAAN KD SULTAN ABDUL AZIZ SAHAH (KD SAAS)
Published in
Info Terkini
Tuesday, 22 October 2024 18:22
Pulau Indah, 22 Okt 2024 - AUDIT DALAMAN PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL (PHN) dan AUDIT KESIAPSIAGAAN KD SULTAN ABDUL AZIZ SAHAH (KD SAAS) telah dilaksanakan pada 14 - 18 Okt 24 berpandukan format Protokol Audit TLDM. Audit yang dilaksanakan ini menfokuskan kepada aspek pengurusan, perkhidmatan teras dan pengurusan pelanggan, serta bertujuan mempersiapkan National Hydrographic Centre bagi menghadapi Audit Kesiapsiagaan (AK) PHN pada tahun hadapan. Taklimat Penutup Audit telah dipengerusikan oleh YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan pada 21 Okt 24 bersama-sama Ketua Jabatan bagi mengenal pasti ketidakpatuhan prosedur, mengesahkan kesiapsiagaan markas berpandukan elemen komponen yang telah diaudit bagi tujuan penambahbaikan.
Tagged under
PULAU INDAH, 1 OKT 2024 - COURTESY CALL on Director General of National Hydrographic Centre, Rear Admiral Dato’ Hanafiah bin Hassan by Head Of Surface Capabilities Development Department Rear Admiral (UH) Marco Tomassetti and Commanding Officer of ITS RAIMONDO MONTECUCCOLI,Commander Alessandro Troia.
Tagged under
KUNJUNGAN HORMAT OLEH SETIAUSAHA BAHAGIAN, BAHAGIAN INDUSTRI PERTAHANAN, KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA KE ATAS KETUA PENGARAH HIDROGRAFI
Published in
Info Terkini
Wednesday, 02 October 2024 18:03
PULAU INDAH, 2 OKT 2024 - KUNJUNGAN HORMAT OLEH SETIAUSAHA BAHAGIAN, BAHAGIAN INDUSTRI PERTAHANAN, KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA KE ATAS KETUA PENGARAH HIDROGRAFI. Kunjungan hormat oleh Encik Eris Jemadi bin Tajudin ke atas Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan pada pagi ini.
Tagged under
MAJLIS MERAIKAN PEGAWAI BERTUKAR KELUAR DAN MASUK
Published in
Info Terkini
Thursday, 26 September 2024 18:09
SHAH ALAM, 26 SEP 2024 - MAJLIS MERAIKAN PEGAWAI BERTUKAR KELUAR DAN MASUK telah dilaksanakan pada malam 26 Sep 24 di Restoran Al-Rawsha, Shah Alam. Majlis anjuran Wisma Indah ini bertujuan menghargai dan meraikan pegawai yang telah dan akan bertukar keluar dari Pangkalan TLDM Pulau Indah dan juga meraikan pegawai yang baru bertukar masuk. Majlis telah diserikan dengan kehadiran YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan dan isteri, Datin Nor Hayati binti Abdullah.
Tagged under