Kumpulan Kerja Nama Pulau dan Entiti Geografi (KKNPEG)
Sejarah dan Latar Belakang KKNPEG
Kumpulan Kerja Nama Pulau dan Entiti Geografi (KKNPEG) atau nama asalnya Kumpulan Kerja Nama Pulau dan Entiti Geografi Luar Pesisir (KKNPELP) telah ditubuhkan lanjutan daripada Mesyuarat Ke-4 Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi (JKNG) di Kuantan, Pahang pada 20 Jun 2006. Seterusnya, pada Mesyuarat JKNG Ke-11, nama kumpulan kerja ini telah dipinda kepada KKNPEG. Penukaran nama ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang kekeliruan penggunaan istilah luar pesisir kerana kumpulan kerja ini tidak hanya menyerahkan data pulau dan entiti geografi luar pesisir sahaja, malah turut menyenaraikan nama pulau dan entiti geografi dalam pesisir pantai. Pusat Hidrografi Nasional (PHN) telah dilantik untuk menerajui kumpulan kerja ini yang bertanggungjawab untuk menyelaraskan penamaan pulau dan entiti geografi yang terdapat di Malaysia.
Keanggotaan KKNPEG
- Pengarah Geospatial Pusat Hidrografi Nasional : Pengerusi
- Wakil Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
- Bahagian Dasara dan Penyelarasan Pemetaan (BDPP)
- Bahagian Ehwal Persempadanan (BEP)
- Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara (BPDGN)
- Bahagian Kartografi dan GIS (BKGIS)
- Wakil Pusat Geospatial Negara (PGN)
- Wakil Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera)
- Wakil Arkib Negara Malaysia (ANM) (Bahagian Pengurusan Penyelidikan dan Dokumentasi)
- Wakil setiap negeri/Wilayah Persekutuan
- BPEN Perlis
- BPEN Kedah
- BPEN Pulau Pinang
- UPEN Perak
- UPEN Selangor
- UPEN Negeri Sembilan
- UPEN Melaka
- BPEN Johor
- BPEN Pahang
- UPEN Terengganu
- JTS Sarawak
- JTU Sabah
- UPEN Kelantan
- Bahagian Pembangunan Strategik, Kementerian Wilayah
- Wakil lain yang berkaitan.
- Urus Setia: Pusat Hidrografi Nasional
Terma Rujukan KKNPEG
- Mengenal pasti dan mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengan pulau dan entiti hidrografi di dalam dan di luar pesisir yang berkenaan termasuk carta, warta, pelan warta, peta, perjanjian dan dokumen yang berkaitan.
- Mendokumentasikan semua maklumat daripada kajian yang dijalankan untuk tujuan pewujudan pangkalan data nama-nama pulau dan entiti hidrografi di dalam dan di luar pesisir yang rasmi. Pendokumentasian maklumat akan disepadukan dengan keperluan pangkalan data nama-nama geografi bagi pulau-pulau dan entiti hidrografi luar pesisir yang sedia ada.
- Mencadangkan nama baharu bagi pulau dan entiti hidrografi di dalam dan di luar pesisir yang sedia ada dengan nama yang lebih sesuai (jika perlu) berdasarkan ciri- ciri entiti hidrografinya. Penamaan semula hendaklah mengikut garis panduan penamaan istilah yang dikeluarkan oleh International Hydrographic Organisation dan Intergovernmental Oceanographic Commission (IHO/IOC publication B-6).
- Mengemukakan pangkalan data serta maklumat pulau dan entiti hidrografi di dalam dan di luar pesisir yang telah dikemaskinikan kepada Jawatankuasa Teknikal Nama Geografi Kebangsaan (JTNGK) secara berperingkat.
Jawatankuasa Teknikal
-
Kumpulan Kerja
-
Aktiviti KKNPEG