Mengenai Kami |Sejarah Pembangunan PHNSejarah Pembangunan PHN
Cawangan Hidrografi mengalami evolusinya yang tersendiri, seiring dengan arus perkembangan teknologi moden dan keperluan negara. Menyedari hakikat keperluan untuk berkembang ke peringkat nasional dan sebagai badan yang bertanggungjawab pada aktiviti hidrografi negara, CHTLDM telah mencadangkan pembinaan sebuah pangkalan untuk cawangan hidrografi kepada pucuk pimpinan TLDM. Pangkalan ini merupakan sebahagian dari pangkalan hadapan TLDM dan merupakan lambang anjakan kemajuan bidang hidrografi negara ini.
1979
Cadangan penubuhan Pangkalan Hidrografi TLDM
Cadangan penubuhan Pangkalan Hidrografi TLDM telah diluluskan di bawah program Pembangunan Istimewa Angkatan Tetap (PERISTA) pada tahun 1979. Walau bagaimanapun, persidangan Jawatanbuasa Panglima-Panglima (JKPP) yang ke-177 telah memutuskan supaya Projek Pangkalan Hidrografi TLDM dilaksanakan serentak dengan Projek Pangkalan Hadapan Pelabuhan Klang.
1979
1979 - 1995
Ditangguh Pelaksanaan
Kedua-dua projek ini telah ditangguhkan pelaksanaannya.
1996
Dimasukkan Semula Ke Dalam Struktur Organisasi TLDM
Kedua-dua projek ini telah dimasukkan semula ke dalam program ini struktur organisasi TLDM pada tahun 1996. Melalui program penyusunan semula, Pangkalan Hidrografi TLDM telah ditukarkan kepada Pusat Hidrografi Nasional (PHN).
1996
2002
2 Fasa Pembangunan PHN

Pembangunannya telah dimulakan pada tahun 2002 di Pulau Indah, Pelabuhan Klang, Selangor. Penebusan semula 50 hektar kawasan paya bakau telah dilakukan untuk pembangunan projek ini.
Disebabkan peruntukan bewangan yang tidak mengizinkan, pembangunan PHN telah dilaksanakan melalui 2 Fasa. Fasa pertama melibat kawasan yang berkeluasan 23 hektar termasuk pembinaan bangunan pentadbiran, bangunan cetak, asrama bujang, bangunan Kartografi dan Oseanografi, bangunan KD SRI KLANG (KDSK), jeti dan gedung senjata.
15 April 2003
Selesai Pembangunan Fasa 1

Fasa ini telah siap dibangunkan sepenuhnya pada 15 April 2003. Manakala Fasa 2 yang melibatkan kawasan selebihnya masih belum dibangunkan. PHN atau National Hidrografi Centre (NHC) dalam Bahasa Inggerisnya merupakan lambang kemegahan berkepakaran hidrografi di mana ia merupakan satu-satunya cawangan dalam TLDM yang mempunyai pangkalan tersendiri.
15 April 2003
15 Obtober 2005
Selesai Fasa 2 & PHN Mula Operasi

Setelah bangunan dan infrastruktur baru bernilai RM96.5 juta siap dibina, PHN mula beroperasi pada 15 Obtober 2005 dengan keanggotaan 31 pegawai dan 170 anggota lain-lain pangkat beserta 3 pekerja awam. Konsep pembangunannya telah dirancang rapi bagi memenuhi keperluan jangka panjang hidrografi negara. PHN dilengkapi dengan peralatan moden dan canggih serta setaraf dengan infrastruktur pusat hidrografi negara maju seperti sistem ICT, sistem pengarkiban data hidrografi dan oseanografi melalui Hidrografi Data Management System (HDMS) dan Digital Data Management System.
19 Disember 2006
Pentauliahan Pengkalan PHN

Pangkalan TLDM Pulau Indah merangkumi tiga unit TLDM iaitu PHN, KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (KD SAAS) dan KD SRI KLANG (KDSK) menjadikan ia sebuah pangkalan TLDM yang baru. Sementara itu, bagi memudahkan pengurusan pangkalan, TLDM telah mentauliahkan KD SAAS untuk menguruskan hal-hal pentadbiran pangkalan. Pentauliahan KD SAAS telah disempurnakan oleh Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada 19 Disember 2006.
Selain daripada dua bangunan utama, PHN turut mempunyai bangunan percetakan yang menempatkan pegawai dan anggota yang bertanggungjawab mencetak dan menjilid buku ramalan air pasang surut, melakukan pembesaran dan pengecilan carta serta membuat salinan lembar asas serta beperluan percetakan bepada unit-unit TLDM yang lain.
19 Disember 2006
2006 - Sekarang
Pengoperasian Penuh PHN