|

Malay English

Mengenai Kami |Mantan Ketua HidrografiMantan Ketua Hidrografi
/
/

Ketua Pengarah Hidrografi Ketiga

LAKSAMANA PERTAMA DATO’ YACOB BIN ISMAIL (B)

PAT JMN KAT KMN AMN PPA psc

Laksamana Pertama (B) Dato’ Yacob bin Ismail dilahirkan pada 17 Jun 1949 dan merupakan anak kelahiran Kluang, Johor. Mula menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 16 Jan 1986 dan seterusnya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda TLDM. Sebagai seorang pegawai eksekutif, beliau kemudiannya telah diperjawatkan di KD RENCHONG, KD PANAH dan KD HANG TUAH sebagai Pegawai Navigasi, Pegawai Laksana dan Pegawai Memerintah sebelum menyertai perkhidmatan hidrografi TLDM. Kerjaya beliau di dalam bidang hidrografi bermula setelah berjaya menamatkan Kursus Asas Hidrografi Kategori B di Australia pada 12 Dis 1976.

Bermula dari tarikh tersebut, Laksamana Pertama (B) Dato’ Yacob bin Ismail telah diperjawatkan di pelbagai unit hidrografi TLDM dan turut diberi peluang untuk menjawat beberapa perjawatan penting antaranya sebagai Pegawai Memerintah KD MUTIARA, Pengarah Hidrografi. Selain daripada itu, Laksamana Pertama Dato’ Yacob bin Ismail juga turut menyertai Tim Penterjemahan Buku Seamanship pada tahun 1992 selama 2 tahun. Berdasarkan pencapaian dan tahap kompetensi beliau di dalam bidang hidrografi, Laksamana Pertama (B) Dato’ Yacob bin Ismail telah dianugerahkan sijil ‘H Charge’ yang mana merupakan gred tertinggi bagi kepakaran hidrografi oleh Panglima Tentera Laut pada 21 Okt 1996.

Laksamana Pertama (B) Dato’ Yacob bin Ismail telah mengambil alih pucuk pimpinan Pusat Hidrografi Nasional pada 13 Nov 2000 dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Pengarah Hidrografi Ke-3. Beliau menamatkan kerjaya dalam Tentera Laut Diraja Malaysia pada 17 Mac 2006.

(Laksamana Pertama (B) Dato’ Yacob bin Ismail telah meninggal dunia pada 6 Feb 23 kerana sakit tua)

إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra, Pulau Indah, 42009 Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia
Umum / Quarter Master : +603-40160816
Kaunter Jualan Carta : +603-40160846 ↗️
Sebarang Pertanyaan : Sila klik disini
Waktu Operasi :Isnin - Jumaat | 8:00AM - 5.00PM

Analisa Pengunjung

Hari Ini 243

Mingguan 746

Bulanan 757

Keseluruhan 830


© 2024 Pusat Hidrografi Nasional
Paparan Terbaik Menggunakan Pelayar Internet Explorer 11 Ke Atas, Mozilla Firefox Dan Chrome

PHN Buttons (Mobile)