|

Malay English

Mengenai Kami |Mantan Ketua HidrografiMantan Ketua Hidrografi
/
/

Ketua Pengarah Hidrografi Kedua

LAKSAMANA MUDA DATO’ PAHLAWAN MOHD RASIP BIN HASSAN (B)

DPTS PAT JMN SMJ KMN PPA FISM mpat psc

Laksamana Muda (B) Dato Pahlawan Mohd Rasip bin Hassan menyertai Tentera Laut pada 14 Jun 1967 selepas menamatkan pengajian di Britannia Royal Naval College (BRNC). Beliau mengambil alih tampuk pemerintahan Ketua Pengarah Hidrografi kedua pada 15 Jun 1997. Sepanjang 37 tahun berkhidmat, beliau telah memegang beberapa jawatan penting di dalam Tentera Laut menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Asisten Ketua Staf (Rancang dan Operasi) dan Panglima Pendidikan dan Latihan di Kolej Tentera Laut Diraja.

Beliau merupakan lulusan Britannia Royal Naval College (BRNC) Port of Dartmouth, Devon England. Beliau memilik Sarjana Master of Oceanic Science di USA. Beliau juga telah menghadiri pelbagai kursus profesional dan ketenteraan di dalam dan luar negara termasuk Physical Oceanographic Survey di Jepun, Senior International Defence Management di USA, Kursus Nadwah Kefahaman Islam Pegawai Kanan ATM 1/97 di Port Dickson, Bengkel ENC ke 3 di Indonesia dan pelbagai kursus serta kelayakan.

Beliau terkenal dengan cetusan idea-idea yang keluar dari kebiasaan sehingga di angkat menjawat perjawatan sebagai Panglima Pendidikan dan Latihan sekaligus merangkap sebagai Penasihat Hidrografi pada tahun 2000 hingga 2004. Di atas sumbangan dan dedikasi yang telah beliau curahkan sepanjang memberikan khidmat yang terbaik kepada Raja dan Negara, Laksamana Muda (B) Dato Pahlawan Mohd Rasip bin Hassan telah mendapat pelbagai pengiktirafan dalam dan luar negara. Antara yang terkenal adalah Pingat Darjah Dato’ Pahlawan Taming Sari (DPTS) yang membawa gelaran Dato’ Pahlawan'. Beliau juga telah diberi kepercayaan untuk mempengerusikan persidangan East Asia Hydrographic Commission (EAHC).

Laksamana Muda (B) Dato Pahlawan Mohd Rasip bin Hassan telah mengambil alih pucuk pimpinan Pusat Hidrografi Nasional pada 15 Jun 1997 dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Pengarah Hidrografi Ke-2. Beliau menamatkan kerjaya dalam Tentera Laut Diraja Malaysia pada 15 Jun 2004.

Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra, Pulau Indah, 42009 Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia
Umum / Quarter Master : +603-40160816
Kaunter Jualan Carta : +603-40160846 ↗️
Sebarang Pertanyaan : Sila klik disini
Waktu Operasi :Isnin - Jumaat | 8:00AM - 5.00PM

Analisa Pengunjung

Hari Ini 243

Mingguan 746

Bulanan 757

Keseluruhan 830


© 2024 Pusat Hidrografi Nasional
Paparan Terbaik Menggunakan Pelayar Internet Explorer 11 Ke Atas, Mozilla Firefox Dan Chrome

PHN Buttons (Mobile)