|

Malay English

Mengenai Kami |Mantan Ketua HidrografiMantan Ketua Hidrografi
/
/

Ketua Pengarah Hidrografi Pertama

KEPTEN GOH SIEW CHONG TLDM (B)

PJK AMN PPS PPA

Kepten (B) Goh Siew Chong TLDM dilahirkan pada 29 Okt 1943 dan merupakan anak kelahiran Kulim, Kedah. Mula menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 24 Apr 1962 selepas menamatkan pengajian di Britannia Royal Naval College (BRNC) dan seterusnya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda TLDM. Sebagai seorang pegawai eksekutif, beliau kemudiannya telah diperjawatkan di KD RENCHONG, KD PANAH dan KD HANG TUAH sebagai Pegawai Navigasi, Pegawai Laksana dan Pegawai Memerintah sebelum menyertai perkhidmatan hidrografi TLDM.

Bermula dari tarikh tersebut, Kepten (B) Goh Siew Chong TLDM telah diperjawatkan di pelbagai unit hidrografi TLDM dan turut diberi peluang untuk menjawat beberapa perjawatan penting antaranya sebagai Pegawai Memerintah KD PERANTAU dan Pengarah Hidrografi. Pencapaian utama beliau dengan mengeluarkan Carta MAL pertama untuk kegunaan pelaut-pelaut di kawasan perairan Malaysia.

Kepten (B) Goh Siew Chong TLDM telah mengambil alih pucuk pimpinan Pusat Hidrografi Nasional pada 13 Okt 1980 dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Pengarah Hidrografi pertama. Beliau menamatkan kerjaya dalam Tentera Laut Diraja Malaysia pada 1 Sep 1986.

Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra, Pulau Indah, 42009 Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia
Umum / Quarter Master : +603-40160816
Kaunter Jualan Carta : +603-40160846 ↗️
Sebarang Pertanyaan : Sila klik disini
Waktu Operasi :Isnin - Jumaat | 8:00AM - 5.00PM

Analisa Pengunjung

Hari Ini 243

Mingguan 746

Bulanan 757

Keseluruhan 830


© 2024 Pusat Hidrografi Nasional
Paparan Terbaik Menggunakan Pelayar Internet Explorer 11 Ke Atas, Mozilla Firefox Dan Chrome

PHN Buttons (Mobile)