Mengenai Kami |InsigniaInsignia

Lencana Kepakaran
Lencana ini dianugerahkan kepada pegawai hidrografi oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai mengiktiraf pengetahuan dan kecekapan para pegawai di dalam bidang hidrografi setelah disyorkan oleh Ketua Pengarah Hidrografi. Sebelum menerima pengiktirafan ini, para pegawai dikehendaki menjalani pelbagai ujian bagi memastikan mereka benar-benar layak untuk menerima penganugerahan tersebut. Kesemua pegawai hendaklah mengikuti kursus Pra-Asas Hidrografi dan Hidrografi Kategori B selama enam bulan sama ada di dalam atau luar negara dan setelah tamat berkursus, mereka akan ditempatkan di atas kapal hidrografi TLDM selama 2 tahun untuk dinilai kecekapan serta diberikan penilaian peribadi oleh Pegawai Memerintah kapal. Lencana insignia ini adalah merupakan satu simbol kebanggaan bagi setiap Juruukur Hidrografi Tentera Laut Diraja Malaysia.
Maksud
Mahkota
Melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia dan Kedaulatan Yang Dipertuan Agong dalam Sistem Raja Perlembagaan di mana Kerajaannya mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.
Sextant
Melambangkan peralatan yang digunakan untuk pemposisian dalam pengukuran dan sinonim dengan simbol tred kepakaran hidrografi dalam TLDM.
Ombak
Melambangkan elemen teras hidrografi yang melibatkan penerokaan hidrografi, oseanografi, meteorologi dan penghasilan carta nautika. Dua lapisan ombak laut mencerminkan cabaran dalam melaksanakan tugas pengukuran hidrografi.
Buku Terbuka
Melambangkan tahap piawaian yang tinggi sewaktu melaksanakan kerja-kerja pengukuran hidrografi.