PULAU INDAH, 29 MEI 2025-KUNJUNGAN HORMAT DAN LAWATAN KERJA OLEH PENGERUSI LEMBAGA PELABUHAN-PELABUHAN SABAH(LPPS) KE PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL (PHN). Pengerusi Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS) 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐉𝐚𝐬𝐦𝐢𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐉𝐮𝐥𝐩𝐢𝐧, bersama delegasi LPPS telah mengadakan kunjungan hormat dan lawatan kerja ke 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐇𝐢𝐝𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐟𝐢 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 (𝐏𝐇𝐍). Ketibaan delegasi telah disambut mesra oleh 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐇𝐢𝐝𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐟𝐢, 𝐋𝐚𝐤𝐬𝐚𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐌𝐮𝐝𝐚 𝐃𝐚𝐭𝐨’ 𝐇𝐚𝐧𝐚𝐟𝐢𝐚𝐡 𝐛𝐢𝐧 𝐇𝐚𝐬𝐬𝐚𝐧. Lawatan ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik serta mendapatkan pemahaman lebih mendalam mengenai fungsi, peranan, dan kepakaran teknikal PHN khususnya dalam 𝐩𝐞𝐧𝐜𝐚𝐫𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐧𝐚𝐮𝐭𝐢𝐤𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐛𝐮𝐡𝐚𝐧.Selain itu, delegasi LPPS turut diberikan penerangan menyeluruh mengenai 𝐬𝐭𝐫𝐮𝐤𝐭𝐮𝐫 𝐨𝐫𝐠𝐚𝐧𝐢𝐬𝐚𝐬𝐢, 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛 𝐏𝐇𝐍 dalam memastikan keselamatan navigasi dan pembangunan maritim negara. Kunjungan ini mencerminkan komitmen kedua-dua pihak dalam memperkukuh kerjasama serta memastikan kecekapan operasi maritim terus dipertingkatkan.