PULAU INDAH, 22 SEPTEMBER 2026. KUNJUNGAN HORMAT KHALIFA INTELLIGENCE SDN BHD KE PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL. Pusat Hidrografi Nasional (PHN) menerima kunjungan hormat delegasi Khalifa Intelligence Sdn Bhd yang diketuai oleh Pengarah Urusannya, YBhg. To’ Puan Seri Dr. Wan Hibatul Hidayah binti Wan Ismail. Perbincangan memberi tumpuan kepada potensi pemanfaatan kecerdasan buatan (AI) dalam pengurusan, integrasi dan analisis data marin bagi meningkatkan kecekapan operasi serta menyokong pembuatan keputusan yang lebih pantas dan tepat. Delegasi turut diberikan gambaran mengenai rantaian kerja hidrografi, daripada pemerolehan data hingga penghasilan carta nautika dan produk geospatial marin. Kunjungan ini menjadi langkah awal dalam meneroka perkongsian kepakaran, pembangunan kapasiti dan penyelesaian teknologi yang bersesuaian bagi memperkukuh transformasi digital serta keselamatan pelayaran.


xx











