PULAU INDAH, 8 Jun 26- MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT ANGGOTA LAIN-LAIN PANGKAT. Di sebalik sejalur pangkat yang disematkan, tersimpan kisah pengorbanan, kesetiaan dan dedikasi yang tidak ternilai. Majlis Pemakaian Pangkat Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah berlangsung dengan penuh istiadat dan kebanggaan, menyaksikan seramai 9 orang anggota dinaikkan ke pangkat Laskar Kelas 1. Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, 𝐋𝐚𝐤𝐬𝐚𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐌𝐮𝐝𝐚 𝐃𝐫. 𝐍𝐚𝐣𝐡𝐚𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐌𝐝 𝐒𝐚𝐢𝐝, yang turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua anggota yang diraikan. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan untuk kekal fokus terhadap tugasan yang diamanahkan. Dengan fokus yang betul, kita akan dapat menangkis 𝑛𝑒𝑔𝑎𝑡𝑖𝑣𝑖𝑡𝑦. Beliau turut berkongsi mengenai kajian fokus yang dipanggil “The Monkey Business.” Beliau juga menegaskan bahawa kejayaan yang dicapai bukanlah hasil usaha individu semata-mata, malah turut didorong oleh sokongan dan pengorbanan isteri serta keluarga yang sentiasa setia berada di belakang setiap anggota dalam mengharungi cabaran kerjaya dan kehidupan. Kenaikan pangkat bukan sekadar lambang pencapaian, tetapi amanah yang lebih besar untuk terus berkhidmat dengan penuh integriti, profesionalisme dan semangat juang yang tinggi demi agama, bangsa dan negara. Tahniah kepada semua anggota yang diraikan. Semoga kejayaan hari ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan. “𝑲𝒆𝒋𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝒃𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒎𝒊𝒍𝒊𝒌 𝒎𝒆𝒓𝒆𝒌𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒑𝒆𝒓𝒏𝒂𝒉 𝒈𝒂𝒈𝒂𝒍, 𝒕𝒆𝒕𝒂𝒑𝒊 𝒎𝒊𝒍𝒊𝒌 𝒎𝒆𝒓𝒆𝒌𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒑𝒆𝒓𝒏𝒂𝒉 𝒃𝒆𝒓𝒉𝒆𝒏𝒕𝒊 𝒃𝒆𝒓𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂.”


xx











