PULAU INDAH, 28 Apr 2026- MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT WARGA TLDM PULAU INDAH yang melibatkan anggota Lain-lain Pangkat (LLP) telah dilaksanakan dengan penuh istiadat, menyaksikan seramai 9 anggota menerima kenaikan pangkat. Ini merupakan satu pengiktirafan terhadap dedikasi dan komitmen yang telah ditunjukkan oleh setiap anggota. Majlis ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dr. Najhan bin Md Said. Dalam ucapannya, beliau merakamkan ucapan tahniah kepada semua anggota yang dinaikkan pangkat dan menegaskan bahawa setiap kenaikan pangkat hadir bersama amanah dan tanggungjawab yang lebih besar. Beliau mengingatkan semua anggota bahawa pangkat bukan sekadar gelaran, tetapi satu tanggungjawab untuk memimpin dengan integriti dan dedikasi. Sebagai anggota TLDM, kita harus sentiasa berpegang kepada prinsip integriti dan saling menyokong antara satu sama lain. Kepimpinan yang berintegriti adalah kunci kepada kejayaan sesebuah organisasi dan setiap individu memainkan peranan penting dalam memastikan visi dan misi TLDM tercapai. Tahniah diucapkan kepada semua anggota yang dinaikkan pangkat. Semoga anda semua terus cemerlang dalam melaksanakan tugas dan memperkukuh kesiapsiagaan PHN dan TLDM demi memastikan keselamatan pelayaran serta kedaulatan maritim negara.


xx











