PULAU INDAH, 21 Mac 2026- SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1447 H. Ramadan hadir mendidik jiwa, tentang sabar dalam setiap ujian, tentang ikhlas dalam setiap amalan, dan tentang erti kebersamaan yang semakin menguatkan ukhuwah antara kita. Dalam kesibukan menjalankan amanah dan tanggungjawab,kita sempat berhenti seketika, menghidupkan malam dengan ibadah, berkongsi rezeki, dan mengeratkan silaturahim sesama warga. Kini Syawal menjelma, membawa sinar kegembiraan dan kemenangan. Semoga segala amalan dan pengorbanan sepanjang Ramadan diterima dan diberkati oleh Allah SWT. Kami, seluruh warga Pusat Hidrografi Nasional, dengan penuh keikhlasan mengucapkan 𝑺𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒕 𝑯𝒂𝒓𝒊 𝑹𝒂𝒚𝒂 𝑨𝒊𝒅𝒊𝒍𝒇𝒊𝒕𝒓𝒊, 𝑴𝒂𝒂𝒇 𝒁𝒂𝒉𝒊𝒓 𝒅𝒂𝒏 𝑩𝒂𝒕𝒊𝒏. Semoga Aidilfitri ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada kita semua.


xx











