Top Ad

 

 

 

 

 LAKSAMANA MUDA DATO’ PAHLAWAN MOHD RASIP BIN HASSAN

DPTS PAT JMN SMJ KMN PPA FISM mpat psc

Laksamana Muda Dato Pahlawan Mohd Rasip bin Hassan menyertai Tentera Laut pada 14 Jun 1967 selepas menamatkan pengajian di Britannia Royal Naval College (BRNC). Beliau mengambil alih tampuk pemerintahan Ketua Pengarah Hidrografi kedua pada 15 Jun 1997. Sepanjang 37 tahun berkhidmat, beliau telah memegang beberapa jawatan penting di dalam Tentera Laut menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Asisten Ketua Staf (Rancang dan Operasi) dan Panglima Pendidikan dan Latihan di Kolej Tentera Laut Diraja.

Beliau merupakan lulusan Britannia Royal Naval College (BRNC) Port of Dartmouth, Devon England. Beliau memilik Sarjana Master of Oceanic Science di USA. Beliau juga telah menghadiri pelbagai kursus profesional dan ketenteraan di dalam dan luar negara termasuk Physical Oceanographic Survey di Jepun, Senior International Defence Management di USA, Kursus Nadwah Kefahaman Islam Pegawai Kanan ATM 1/97 di Port Dickson, Bengkel ENC ke 3 di Indonesia dan pelbagai kursus serta kelayakan.

Beliau terkenal dengan cetusan idea-idea yang keluar dari kebiasaan sehingga di angkat menjawat perjawatan sebagai Panglima Pendidikan dan Latihan sekaligus merangkap sebagai Penasihat Hidrografi pada tahun 2000 hingga 2004. Di atas sumbangan dan dedikasi yang telah beliau curahkan sepanjang memberikan khidmat yang terbaik kepada Raja dan Negara, Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Mohd Rasip bin Hassan telah mendapat pelbagai pengiktirafan dalam dan luar negara. Antara yang terkenal adalah Pingat Darjah Dato’ Pahlawan Taming Sari (DPTS) yang membawa gelaran Dato’ Pahlawan'. Beliau juga telah diberi kepercayaan untuk mempengerusikan persidangan East Asia Hydrographic Commission (EAHC).

Laksamana Muda Dato Pahlawan Mohd Rasip bin Hassan telah mengambil alih pucuk pimpinan Pusat Hidrografi Nasional pada 15 Jun 1997 dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Pengarah Hidrografi Ke-2. Beliau menamatkan kerjaya dalam Tentera Laut Diraja Malaysia pada 15 Jun 2004.

 

 

 LAKSAMANA MUDA DATO' HANAFIAH BIN HASSAN


PSAT DSIS PAT SMS KAT PJM PPS PPA MSoc Sc DS (UKM) Dip PSP (UM) mpat psc

Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan dilahirkan pada 15 Feb 1967 dan merupakan anak kelahiran Kluang, Johor. Mula menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 16 Jan 1986 dan seterusnya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda TLDM. Sebagai seorang pegawai eksekutif, beliau kemudiannya telah diperjawatkan di KD GANYANG dan KD KELEWANG sebagai Pegawai Navigasi dan Pegawai Laksana sebelum menyertai perkhidmatan hidrografi TLDM. Kerjaya beliau di dalam bidang hidrografi bermula setelah berjaya menamatkan Kursus Asas Hidrografi Kategori B anjuran Japan Hydrographic and Oceanographic Department pada 16 Nov 1992.

Bermula dari tarikh tersebut, Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan telah diperjawatkan di pelbagai unit hidrografi TLDM dan turut diberi peluang untuk menjawat beberapa perjawatan penting antaranya sebagai Pegawai Memerintah KD MUTIARA, Pengarah Pusat Hidrografi dan Oseanografi dan Pengarah Kanan Hidrografi. Selain daripada itu, Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan juga turut diberikan peluang untuk berkhidmat di atas kapal hidrografi Tentera Laut Diraja New Zealand, HMNZ MONOWAI melalui program pertukaran pegawai pada tahun 1995 selama 2 tahun. Beliau juga turut berpeluang untuk mengikuti Long Hydrographic Course (Kategori A) di India pada tahun 1997. Berdasarkan pencapaian dan tahap kompetensi beliau di dalam bidang hidrografi, Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan telah dianugerahkan sijil ‘H Charge’ yang mana merupakan gred tertinggi bagi kepakaran hidrografi oleh Panglima Tentera Laut pada 25 Jan 2009.

Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan telah mengambil alih pucuk pimpinan Pusat Hidrografi Nasional pada 31 Mei 2018 dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Pengarah Hidrografi Ke-7. Selain bertanggungjawab untuk menerajui Pusat Hidrografi Nasional, beliau juga merupakan ‘The Hydrographer of Malaysia’ yang bertanggungjawab terhadap pelaksanaan aktiviti pengukuran dan pencartaan perairan maritim negara. Sebagai penasihat kepada kerajaan Malaysia berhubung hal ehwal hidrografi, beliau juga merupakan wakil kerajaan Malaysia ke International Hydrographic Organisation (IHO) dan East Asia Hydrographic Commission (EAHC).

Di peringkat antarabangsa, Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan merupakan salah seorang Ketua Pengarah Hidrografi yang pernah dilantik sebagai Pengerusi EAHC berikutan dengan perlantikan Malaysia untuk menerajui suruhanjaya tersebut bagi penggal 2015-2018. Selain daripada itu, beliau turut terlibat secara aktif di dalam setiap persidangan dan forum yang dianjurkan oleh IHO dan juga EAHC. Berdasarkan pengalaman beliau, Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan telah diberikan kepercayaan sebagai Pengerusi Joint Task Malaysia bagi misi pencarian pesawat MH370 di Joint Agency Coordination Centre (JACC), Canberra, Australia pada tahun 2014. Di dalam penugasan ini, beliau bertanggungjawab untuk menasihati dan menentukan penggunaan aset dibuat secara optimum bagi tujuan pencarian pesawat MH370 dan berperanan sebagai pegawai perantara di antara High Level Technical Task Force Malaysia dan Australia.

Manakala di peringkat kebangsaan, Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan merupakan pengerusi tetap kepada Jawatankuasa Hidrografi Negara, Jawatankuasa Penilaian Kompetensi Juruukur Hidrografi Malaysia, Jawatankuasa Kerja Pengurusan Maklumat Hidrografi Pelabuhan dan Jawatankuasa Teknikal Marin MyGDI. Selain daripada itu, beliau juga merupakan ahli kepada Jawatankuasa Titik Pangkal Negara, Jawatankuasa Teknikal Pelantar Benua Malaysia, Jawatankuasa Bersama Malaysia-Singapura mengenai Alam Sekitar, Tri-partite Technical Experts Group for the Straits of Malacca and Singapore, Jawatankuasa Teknikal Pembatasan Persempadanan Maritim Malaysia-Indonesia dan Jawatankuasa Kerja Teknikal Marine Electronic Highway for Malacca and Singapore Strait.

Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan merupakan graduan lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia dan National Defence University Beijing, China di dalam bidang Pengajian Strategik Pertahanan. Beliau juga merupakan bapa kepada lima orang cahaya mata yang meminati aktiviti memancing sebagai hobi beliau di waktu lapang.

 Kerajaan Malaysia,  Kementerian Pertahanan Malaysia, Tentera Laut DiRaja Malaysia dan Pusat Hidrografi Nasional adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

DASAR & PRIVASI

PRIVASI ANDA

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu menyediakan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif.

MAKLUMAT YANG DIKUMPUL

Tiada maklumat peribadi yang akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

APA YANG AKAN BERLAKU JIKA SAYA MEMBUAT PAUTAN KEPADA LAMAN WEB YANG LAIN?

Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

PINDAAN DASAR

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemas kini di halaman ini. Dengan melayari halaman ini dengan kerap, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang terkini, cara penggunaan laman ini dan bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain di dalam keadaan tertentu.

Kami mengumpul maklumat pengguna untuk mengenalpasti latarbelakang pengguna yang menjadi ahli di laman ini. Semua maklumat yang dikumpul adalah untuk kegunaan kami dan tidak akan disebarkan kepada sebarang agensi mass mailing yang mengaut keuntungan dengan menjual senarai e-mel.

Kami juga sedang mengemaskini Laman Web ini dari semasa ke semasa agar lebih mudah dicapai dan mesra pengguna. Di samping itu, kami juga mengumpul maklumat seperti sistem pengoperasi, pelayar web dan alamat IP. Ini adalah bertujuan untuk menyediakan demografi pengguna yang melawat laman kami ini dan memastikan laman kami boleh dicapai secara umum dan meluas tanpa mengira sistem pengoperasian atau pelayar web.

Aktiviti Terkini

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

Pulau Indah, 10 April 2024 - MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI khas bagi...

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KUALITI DAN PENYERAHAN BUNGKUSAN HARI RAYA AIDILFITRI

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KUALITI DAN PENYERAHAN BUNGKUSAN HARI...

PULAU INDAH, 4 APRIL 2024 - Majlis Penyampaiyan Anugerah Kualiti dan Penyerahan Bungkusan...

MAJLIS IFTAR RAMADHAN WISMA INDAH 2024

MAJLIS IFTAR RAMADHAN WISMA INDAH 2024

PUTRAJAYA, 2 APRIL 2024 - Majlis Iftar Ramadhan Wisma Indah 2024 telah berlangsung...

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PANGKALAN TLDM PULAU INDAH

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PANGKALAN TLDM PULAU INDAH

PULAU INDAH, 2 APRIL 2024 - Maksudnya: “Al-Quran ini sebuah kitab yang Kami...

MAJLIS BERBUKA PUASA, PROGRAM QIAMULLAIL DAN GEMPUR SUBUH PANGKALAN SIRI 1/24

MAJLIS BERBUKA PUASA, PROGRAM QIAMULLAIL DAN GEMPUR SUBUH...

PULAU INDAH, 22 MAC 2024 - Nabi S.A.W. bersabda; “Hendaklah kamu bersolat malam....

MAJLIS AMANAT PEGAWAI PENGAWAL, ANUGERAH ACCOUNTABILITY INDEX MONIORING SYSTEM ( AIMS ) DAN PUSAT TANGGUNGJAWAP ( PTJ ) TERBAIK TAHUN 2023 KEMENTERIAN PERTAHANAN

MAJLIS AMANAT PEGAWAI PENGAWAL, ANUGERAH ACCOUNTABILITY INDEX MONIORING...

KUALA LUMPUR, 20 MAC 24 - MAJLIS AMANAT PEGAWAI PENGAWAL, ANUGERAH ACCOUNTABILITY INDEX...

KURSUS HYDROGRAPHIC CODE OF PRACTICE FOR PORTS AND HARBOURS ( COP )

KURSUS HYDROGRAPHIC CODE OF PRACTICE FOR PORTS AND...

Pulau Indah, 8 FEB 2024 - Kursus Hydrographic Code of Practise for Port...

PENCAPAIAN AIMS 2023 KEMENTERIAN PERTAHANAN

PENCAPAIAN AIMS 2023 KEMENTERIAN PERTAHANAN

Kuala Lumpur, 27 FEB 2024 - PENCAPAIAN AIMS 2023 KEMENTERIAN PERTAHANAN. Ketua Setiausaha...

KUNJUNGAN HORMAT OLEH AKAUNTAN PASUKAN NAZIRAN BAHAGIAN AKAUNTAN KEMENTERIAN PERTAHANAN KE ATAS KETUA PENGARAH HIDROGRAFI

KUNJUNGAN HORMAT OLEH AKAUNTAN PASUKAN NAZIRAN BAHAGIAN AKAUNTAN...

Pulau Indah, 26 FEB 2024 - KUNJUNGAN HORMAT OLEH AKAUNTAN PASUKAN NAZIRAN BAHAGIAN...

CERAMAH AGAMA KHAS ANJURAN WISMA INDAH

CERAMAH AGAMA KHAS ANJURAN WISMA INDAH

Pulau Indah, 20 FEB 2024- Ceramah Agama Khas Anjuran Wisma Indah telah dilaksanakan...

LAWATAN KEBAJIKAN PENGARAH KANAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN

LAWATAN KEBAJIKAN PENGARAH KANAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN

Shah Alam, 20 FEB 2024 - YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’...

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT

Pulau Indah, 19 FEB 2024 - MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT bagi anggota Lain-lain Pangkat...

SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR KE 57

SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR KE 57

Pulau Indah, 15 FEB 2024 - SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR KE 57. Tanggal...

CERAMAH ISRAK MIKRAJ

CERAMAH ISRAK MIKRAJ

Pulau Indah, 9 FEB 2024 - Ceramah Israk Mikraj telah diadakan di Auditorium...

KUNJUNGAN HORMAT OLEH INSPEKTOR JENERAL TLDM KE ATAS KETUA PENGARAH HIDROGRAFI

KUNJUNGAN HORMAT OLEH INSPEKTOR JENERAL TLDM KE ATAS...

Pulau Indah, 1 FEB 2024 -Kunjungan hormat oleh Laksamana Muda Abdullah Sani bin...

REQUEST PLEASURE OF COMPANY ( RPC )

REQUEST PLEASURE OF COMPANY ( RPC )

Pulau Indah, 1 FEB 2024. Para pegawai dari Pusat Hidrografi Nasional dan KD...

JOHAN MANGKU NEGARA

JOHAN MANGKU NEGARA

Pulau Indah , 8 JAN 2024 - Warga #NavyPeople dari Pusat Hidrografi Nasional...

MAJLIS PENUTUP HYDROGRAPHIC FIELD SURVEY PROJECT BAGI KURSUS UTM HYDRO III FIG/IHO/ICA CATEGORY A SESI 2023/2024

MAJLIS PENUTUP HYDROGRAPHIC FIELD SURVEY PROJECT BAGI KURSUS...

Pulau Indah, 4 JAN 2024 - Taklimat hasil pengukuran peserta kursus dan Majlis...

FACEBOOK RASMI

ANUGERAH PHN

 

APLIKASI ONLINE


 
 

Hubungi Kami


Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra,
Pulau Indah,
42009 Pelabuhan Klang,
Selangor, Malaysia

 

Telephone
+6019-6164120 (QM)

Kaunter Jualan Carta
+6019-6155722

Isnin - Jumaat
8:00AM - 5.00PM 

 

 

Capaian Pantas

 

 Hak Cipta | Dasar & privasi | Penafian

   

Pengunjung

Hari ini 91

Mingguan 1337

Bulanan 5327

Keseluruhan 238550