LAKSAMANA MUDA DATO’ PAHLAWAN MOHD RASIP BIN HASSAN
DPTS PAT JMN SMJ KMN PPA FISM mpat psc
Laksamana Muda Dato Pahlawan Mohd Rasip bin Hassan menyertai Tentera Laut pada 14 Jun 1967 selepas menamatkan pengajian di Britannia Royal Naval College (BRNC). Beliau mengambil alih tampuk pemerintahan Ketua Pengarah Hidrografi kedua pada 15 Jun 1997. Sepanjang 37 tahun berkhidmat, beliau telah memegang beberapa jawatan penting di dalam Tentera Laut menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Asisten Ketua Staf (Rancang dan Operasi) dan Panglima Pendidikan dan Latihan di Kolej Tentera Laut Diraja.
Beliau merupakan lulusan Britannia Royal Naval College (BRNC) Port of Dartmouth, Devon England. Beliau memilik Sarjana Master of Oceanic Science di USA. Beliau juga telah menghadiri pelbagai kursus profesional dan ketenteraan di dalam dan luar negara termasuk Physical Oceanographic Survey di Jepun, Senior International Defence Management di USA, Kursus Nadwah Kefahaman Islam Pegawai Kanan ATM 1/97 di Port Dickson, Bengkel ENC ke 3 di Indonesia dan pelbagai kursus serta kelayakan.
Beliau terkenal dengan cetusan idea-idea yang keluar dari kebiasaan sehingga di angkat menjawat perjawatan sebagai Panglima Pendidikan dan Latihan sekaligus merangkap sebagai Penasihat Hidrografi pada tahun 2000 hingga 2004. Di atas sumbangan dan dedikasi yang telah beliau curahkan sepanjang memberikan khidmat yang terbaik kepada Raja dan Negara, Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Mohd Rasip bin Hassan telah mendapat pelbagai pengiktirafan dalam dan luar negara. Antara yang terkenal adalah Pingat Darjah Dato’ Pahlawan Taming Sari (DPTS) yang membawa gelaran Dato’ Pahlawan'. Beliau juga telah diberi kepercayaan untuk mempengerusikan persidangan East Asia Hydrographic Commission (EAHC).
Laksamana Muda Dato Pahlawan Mohd Rasip bin Hassan telah mengambil alih pucuk pimpinan Pusat Hidrografi Nasional pada 15 Jun 1997 dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Pengarah Hidrografi Ke-2. Beliau menamatkan kerjaya dalam Tentera Laut Diraja Malaysia pada 15 Jun 2004.
LAKSAMANA MUDA DATO' HANAFIAH BIN HASSAN
Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan dilahirkan pada 15 Feb 1967 dan merupakan anak kelahiran Kluang, Johor. Mula menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 16 Jan 1986 dan seterusnya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda TLDM. Sebagai seorang pegawai eksekutif, beliau kemudiannya telah diperjawatkan di KD GANYANG dan KD KELEWANG sebagai Pegawai Navigasi dan Pegawai Laksana sebelum menyertai perkhidmatan hidrografi TLDM. Kerjaya beliau di dalam bidang hidrografi bermula setelah berjaya menamatkan Kursus Asas Hidrografi Kategori B anjuran Japan Hydrographic and Oceanographic Department pada 16 Nov 1992.
Bermula dari tarikh tersebut, Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan telah diperjawatkan di pelbagai unit hidrografi TLDM dan turut diberi peluang untuk menjawat beberapa perjawatan penting antaranya sebagai Pegawai Memerintah KD MUTIARA, Pengarah Pusat Hidrografi dan Oseanografi dan Pengarah Kanan Hidrografi. Selain daripada itu, Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan juga turut diberikan peluang untuk berkhidmat di atas kapal hidrografi Tentera Laut Diraja New Zealand, HMNZ MONOWAI melalui program pertukaran pegawai pada tahun 1995 selama 2 tahun. Beliau juga turut berpeluang untuk mengikuti Long Hydrographic Course (Kategori A) di India pada tahun 1997. Berdasarkan pencapaian dan tahap kompetensi beliau di dalam bidang hidrografi, Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan telah dianugerahkan sijil ‘H Charge’ yang mana merupakan gred tertinggi bagi kepakaran hidrografi oleh Panglima Tentera Laut pada 25 Jan 2009.
Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan telah mengambil alih pucuk pimpinan Pusat Hidrografi Nasional pada 31 Mei 2018 dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Pengarah Hidrografi Ke-7. Selain bertanggungjawab untuk menerajui Pusat Hidrografi Nasional, beliau juga merupakan ‘The Hydrographer of Malaysia’ yang bertanggungjawab terhadap pelaksanaan aktiviti pengukuran dan pencartaan perairan maritim negara. Sebagai penasihat kepada kerajaan Malaysia berhubung hal ehwal hidrografi, beliau juga merupakan wakil kerajaan Malaysia ke International Hydrographic Organisation (IHO) dan East Asia Hydrographic Commission (EAHC).
Di peringkat antarabangsa, Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan merupakan salah seorang Ketua Pengarah Hidrografi yang pernah dilantik sebagai Pengerusi EAHC berikutan dengan perlantikan Malaysia untuk menerajui suruhanjaya tersebut bagi penggal 2015-2018. Selain daripada itu, beliau turut terlibat secara aktif di dalam setiap persidangan dan forum yang dianjurkan oleh IHO dan juga EAHC. Berdasarkan pengalaman beliau, Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan telah diberikan kepercayaan sebagai Pengerusi Joint Task Malaysia bagi misi pencarian pesawat MH370 di Joint Agency Coordination Centre (JACC), Canberra, Australia pada tahun 2014. Di dalam penugasan ini, beliau bertanggungjawab untuk menasihati dan menentukan penggunaan aset dibuat secara optimum bagi tujuan pencarian pesawat MH370 dan berperanan sebagai pegawai perantara di antara High Level Technical Task Force Malaysia dan Australia.
Manakala di peringkat kebangsaan, Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan merupakan pengerusi tetap kepada Jawatankuasa Hidrografi Negara, Jawatankuasa Penilaian Kompetensi Juruukur Hidrografi Malaysia, Jawatankuasa Kerja Pengurusan Maklumat Hidrografi Pelabuhan dan Jawatankuasa Teknikal Marin MyGDI. Selain daripada itu, beliau juga merupakan ahli kepada Jawatankuasa Titik Pangkal Negara, Jawatankuasa Teknikal Pelantar Benua Malaysia, Jawatankuasa Bersama Malaysia-Singapura mengenai Alam Sekitar, Tri-partite Technical Experts Group for the Straits of Malacca and Singapore, Jawatankuasa Teknikal Pembatasan Persempadanan Maritim Malaysia-Indonesia dan Jawatankuasa Kerja Teknikal Marine Electronic Highway for Malacca and Singapore Strait.
Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan merupakan graduan lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia dan National Defence University Beijing, China di dalam bidang Pengajian Strategik Pertahanan. Beliau juga merupakan bapa kepada lima orang cahaya mata yang meminati aktiviti memancing sebagai hobi beliau di waktu lapang.
Maklumat Organisasi
-- Sejarah
Platform Pengukuran
-- KD Mutiara
-- KD Perantau
Jawatankuasa JHN
-- Mensyuarat
Penyataan
-- Hakcipta
-- Penafian
-- Peta Laman
DASAR & PRIVASI
PRIVASI ANDA
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu menyediakan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif.
MAKLUMAT YANG DIKUMPUL
Tiada maklumat peribadi yang akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.
APA YANG AKAN BERLAKU JIKA SAYA MEMBUAT PAUTAN KEPADA LAMAN WEB YANG LAIN?
Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.
PINDAAN DASAR
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemas kini di halaman ini. Dengan melayari halaman ini dengan kerap, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang terkini, cara penggunaan laman ini dan bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain di dalam keadaan tertentu.
Kami mengumpul maklumat pengguna untuk mengenalpasti latarbelakang pengguna yang menjadi ahli di laman ini. Semua maklumat yang dikumpul adalah untuk kegunaan kami dan tidak akan disebarkan kepada sebarang agensi mass mailing yang mengaut keuntungan dengan menjual senarai e-mel.
Kami juga sedang mengemaskini Laman Web ini dari semasa ke semasa agar lebih mudah dicapai dan mesra pengguna. Di samping itu, kami juga mengumpul maklumat seperti sistem pengoperasi, pelayar web dan alamat IP. Ini adalah bertujuan untuk menyediakan demografi pengguna yang melawat laman kami ini dan memastikan laman kami boleh dicapai secara umum dan meluas tanpa mengira sistem pengoperasian atau pelayar web.
Hubungi Kami
Pusat Hidrografi Nasional Bandar Armada Putra,
|
Telephone Kaunter Jualan Carta Isnin - Jumaat |
Pengunjung
Hari ini 82
Mingguan 1168
Bulanan 717
Keseluruhan 239803