

05 Ogos - Majlis Pembukaan Mesyuarat Sub-Committee On Undersea Feature Names (SCUFN) Ke-32 telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Senator Liew Chin Tong bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 5 Ogos 2019. Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Khairul Anuar bin Yahya, Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Hanafiah bin Hassan dan Pengurus Besar Kanan, Jabatan Urus Tadbir & Pengurusan Strategik PETRONAS, Puan Zuhaida binti Zulkifli.
SCUFN merupakan jawatankuasa yang dibentuk di bawah Jawatankuasa Pemandu kepada Guiding Committee for General Bathymetric Chart of the Oceans (GEBCO). Jawatankuasa ini dianggotai oleh pakar-pakar bidang hidrografi dan geologi marin daripada dua pertubuhan antarabangsa iaitu International Hydrographic Organisation (IHO) dan Intergovernmental Oceanographic Commission (IOC). IHO merupakan pertubuhan yang menjurus kepada pengurusan pengukuran laut serta pencartaan bagi tujuan keselamatan pelayaran manakala IOC merupakan suruhanjaya yang menyelaraskan keperluan penyelidikan saintifik lautan dan pesisiran pantai di peringkat antarabangsa. Kedua-dua pertubuhan ini berkait rapat dengan tadbir urus data-data fitur dasar laut (underwater features) dan penyeragaman nama geografi bagi fitur dasar laut tersebut yang dimajukan oleh negara berpantai.
Seramai 35 perwakilan antarabangsa yang merangkumi 12 orang Ahli Tetap Jawatankuasa daripada 12 buah negara yang terdiri daripada Republik Korea Selatan, Jepun, Argentina, Chile, Malaysia, Amerika Syarikat, Mexico, Republik Rakyat China, New Zealand, Kenya, Russia dan Monaco. Manakala seramai 23 orang Pemerhati (observer) daripada negara Belgium, Brazil, Republik Rakyat China, Perancis, India, Jepun, Palau, Philippines, Russia, dan Vietnam turut hadir pada mesyuarat kali ini. Penyertaan 35 delegasi antarabangsa merupakan penyertaan paling ramai dalam sejarah SCUFN setakat ini. Agenda utama mesyuarat SCUFN Ke-32 ini adalah untuk membincangkan permohonan penamaan 187 fitur dasar laut yang diterima daripada negara-negara berpantai di seluruh dunia.
Mesyuarat SCUFN Ke-32 ini merupakan yang julung kalinya dianjurkan di Malaysia dan juga di rantau Asia Tenggara. Malah, Malaysia merupakan negara Asia ke-4 yang diberi penghormatan untuk menganjurkan mesyuarat ini selepas Jepun, Republik Rakyat China dan Republik Korea. Penghormatan ini adalah sejajar dengan pelantikan Laksamana Pertama Dr. Najhan bin Md Said, Pengarah Kanan Hidrografi sebagai Ahli Jawatankuasa SCUFN yang baharu pada 18 April 2018 lalu. Beliau telah dipilih sebagai salah seorang wakil bermandat mewakili IHO di dalam SCUFN untuk tempoh 5 tahun bagi penggal 2018 hingga 2023.
Semasa menyampaikan ucapan pembukaannya, Timbalan Menteri Pertahanan telah menyampaikan penghargaan beliau terhadap SCUFN di atas usaha yang dilaksanakan bagi menyeragamkan penamaan fitur dasar laut di seluruh dunia. Beliau juga turut menggesa setiap negara yang terlibat untuk mempunyai matlamat yang sama dan membuka lebih ruang untuk bekerjasama berbanding hanya memikirkan hak ekslusif dan kepentingan negara tertentu semata-mata. Ini kerana kejayaan untuk setiap usaha atau inisiatif yang dilaksanakan tidak akan tercapai tanpa sokongan dan komitmen daripada semua pihak yang terlibat. Selain itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada TLDM, PHN dan PETRONAS yang telah bekerjasama di dalam menjayakan penganjuran Mesyuarat SCUFN yang ke-32.
21 Jun - Sambutan Hari Hidrografi Sedunia atau World Hydrography Day disambut setiap 21 Jun bagi memperingati hari penubuhan Biro Hidrografi Antarabangsa (IHB) pada 1921 di Perancis. Pada tahun 1970, IHO telah ditubuhkan bagi menggantikan IHB bagaimanapun, IHB masih dikekalkan sehingga kini sebagai badan yang menguruskan pentadbiran IHO. Sambutan HHS telah mula diperkenalkan sejak tahun 2005 apabila perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menerima Resolusi A/60/30 berkenaan Ocean And Law Of The Sea yang turut memperkenalkan HHS. Pengenalan hari hidrografi sedunia oleh International Hydrography Organisation (IHO) ini telah disambut baik kerana ia dapat memberi publisiti yang sesuai untuk bidang hidrografi. Bagi tahun 2019, seluruh komuniti hidrografi dunia meraikan HHS dengan tema "Hydrographic Information Driving Marine Knowledge".
19 Jun - Pengarah Kanan Hidrografi merasmikan Majlis Pembukaan Kursus Hidrografi Kategori A (Hydro III) bagi Latihan Praktikal Hidrografi. Kursus berlangsung mulai 19 Jun hingga 29 Jul 19 bertempat di Pusat Hidrografi Nasional.
18 Jun - Bengkel Kemaskini MSS-ENC ke-2 telah diadakan dari 18 hingga 19 Jun 2019 di Pusat Hidrografi dan Oseanografi, Jakarta, Indonesia. Bengkel ini telah dihadiri oleh 9 orang wakil dari 3 buah negara iaitu Malaysia yang diwakili oleh pegawai-pegawai dari Pusat Hidrografi Nasional, Indonesia dan Singapura serta 2 wakil dari Persatuan Hidrografi Jepun. Objektif utama bengkel ini adalah untuk mengumpulkan semua pakar dari negara pesisiran pantai untuk mengemaskini data tinjauan baru yang akan disusun dalam edisi ke-6 MSS-ENC. Di samping itu, bengkel ini juga merupakan landasan terbaik untuk membincangkan masalah penyelesaian masalah sel MSS-ENC. Edisi ke-6 MSS-ENC akan diterbitkan dalam masa terdekat dan dijangka akan terus memberi panduan kepada para pelaut dalam memastikan keselamatan navigasi di laluan perkapalan tersibuk di dunia antara Lautan Hindi dan Laut China Selatan.
12 Jun - Lawatan Informatif bagi Putera Maktab Tentera Diraja ke Pusat Hidrografi Nasional dalam memberi pendedahan mengenai peranan dan fungsi Pusat Hidrografi Nasional.
4 Jun - Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin diucapkan kepada seluruh warga The Navy People dan rakyat Malaysia. Semoga keberkatan Syawal merapatkan lagi silatulrahim sesama kita. Ikhlas daripada warga Pusat Hidrografi Nasional.
31 Mei - Pusat Hidrografi merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Lt Kdr Azmi bin Rosedee TLDM. Beliau merupakan salah seorang General Bathymetric Chart of the Oceans-Nippon Foundation (GEBCO-NF) Alumni Team yang telah berjaya memenangi tempat pertama di dalam Pertandingan Shell Ocean Discovery Xprize di Musée Océanographique de Monaco (The Oceanographic Museum of Monaco).
29 Mei - Ceramah Nuzul Al Quran bertajuk "Al Quran, Ku Damba Syafaatmu” berlangsung di Auditorium Pusat Hidrografi Nasional telah disampaikan oleh Lt Kol Jihadi bin Hj Ahmad, PS 1 Agama demi memperingati dan memartabatkan kesucian Al Quran di bulan Ramadan 1440H.
28 Mei - Lawatan Ulung oleh Yang Dipertua (YDP) Kdr Hj. Kamaruddin bin Hj. Yusoff ke Wisma Indah. Suasana yang kondusif mengekalkan keharmonian dan prestasi kerja.
28 Mei - Majlis Perutusan Hari Raya Aidilfitri dan Penyampaian Bungkusan Raya oleh Ketua Pengarah Hidrografi kepada semua warga Pusat Hidrografi Nasional, KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH dan KD SRI KLANG.
Hubungi Kami
Pusat Hidrografi Nasional Bandar Armada Putra,
|
Telephone Kaunter Jualan Carta Isnin - Jumaat |
Pengunjung
Hari ini 94
Mingguan 2243
Bulanan 4646
Keseluruhan 355893