

Johor Bahru, 26 Ogos 19 - Pengarah Geospatial Kdr Lukman Hanafiah bin Azamar Omar TLDM dan Lt Kdr Azmi bin Rosedee TLDM sertai lawatan dan tinjauan ke atas tapak projek penambakan di Danga Bay, Lido Waterfront Boulevard, R&F Princess Cove dan Forest City bersama tim Malaysia Singapore Joint Committee on Environment (MSJCE).
26 Ogos - Sesi Percambahan Minda oleh Lt Astitie Hartatie binti Toha PSSTLDM yang bertajuk Penyediaan Metadata ke dalam MyGDI Explorer kepada warga Pusat Hidrografi Nasional bertempat di Auditorium Pusat Hidrografi Nasional
23 Ogos 19 - Request the Pleasure of your Company (RPC). Wisma Indah berbesar hati menganjurkan Majlis RPC bagi mewakili TLDM dalam meraikan tetamu daripada Tentera Laut Korea Selatan iaitu Republic Of Korea Ship (ROKS) KANG GAM CHAN.
23 Ogos - Majlis Penyampaian Sijil Kursus Pengendalian Peralatan Oseanografi yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi di Wisma Laskar, Pangkalan TLDM Pulau Indah. Seramai 10 anggota dari kepakaran HDI dari Pusat Hidrografi Nasional telah berjaya menamatkan Kursus Pengendalian Peralatan Oseanografi tersebut dengan jayanya dan seterusnya layak dipersijilkan. Tahniah.
23 Ogos - Majlis Penyampaian Sijil Anugerah Kualiti Penggal Kedua Tahun 2019 disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi di Wisma Laskar, Pangkalan TLDM Pulau Indah. Penerima Sijil Anugerah Kualiti Penggal Kedua Tahun 2019 bagi kategori Pegawai dianugerahkan kepada Lt Kdr Muhammad Khairul bin Abdullah TLDM. Manakala bagi kategori Bintara pula disandang oleh BM HDI Faizulli bin Ahmad dan kategori Laskar pula disandang oleh LK I HDI Nur Aqidah binti Abdul Aziz. Tahniah.
20 Ogos - Taklimat kepentingan Meteorologi di PUSTAKMAR oleh Lt Kdr Khairunie bin Mohamed TLDM, PS 2 Informasi dan Oseanografi dari Pusat Hidrografi Nasional dan pensyarah jemputan Encik Nursalleh K.Chang, Ketua Pembantu Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Teknikal dari Jabatan Meteorologi Malaysia.
19 Ogos - Sesi perjumpaan dan perbincangan peserta Program UTM HYDRO I (FIG/IHO/ICA) Category B sesi 2019 bersama Pengurus Program Sr Dr. Ami Hassan dan Pengarah Kanan Hidrografi Laksamana Pertama Dr. Najhan bin Md Said di Pusat Hidrografi Nasional.
19 Ogos - Pusat Hidrografi Nasional melaksanakan obligasi negara dengan menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Nama Geografi Negeri (JTNGN) Melaka Bil 1/2019 di Bilik Mesyuarat Tun Fatimah, Seri Negeri. Mesyuarat dipengerusikan oleh SUB Pembangunan dan disertai oleh perwakilan PBT setiap daerah, PERZIM, MaCGDI dan PHN.
19 Ogos - Right Man For The Right Job. Bengkel Pemerkasaan Sumber Manusia TLDM dirasmikan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Hanafiah Hassan di Auditorium Pusat Hidrografi Nasional pagi tadi.
Bengkel ini merupakan platform terbaik bagi mengumpulkan pakar-pakar atau Subject Matter Expert (SME) TLDM di dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia, Pendidikan dan Latihan, Operasi, Audit dan Kesiagaan yang berlangsung mulai 19 hingga 23 Ogos 19.
PUTRAJAYA, 16 Ogos 19 – Pusat Hidrografi Nasional (PHN) dengan kerjasama Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI) telah mengadakan Bengkel Penggunaan MyGDI Explorer kepada ahli di bawah Jawatankuasa Teknikal Marin MyGDI (JTMM) pada 15 dan 16 Ogos 2019 di Dewan Baiduri, Wisma Sumber Asli, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli.
Penganjuran bengkel ini merupakan salah satu aktiviti bagi ahli di bawah JTMM. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada ahli JTMM mengenai sistem yang telah dibangunkan oleh pihak MaCGDI iaitu MyGDI Explorer. Sistem ini merupakan katalog metadata yang membolehkan pengguna mengakses dan menerbitkan maklumat geospatial secara atas talian. Seramai 39 wakil daripada agensi-agensi kerajaan dan Goverment Linked Company (GLC) yang mana merupakan ahli JTMM telah hadir di dalam bengkel ini.
Bengkel dimulakan dengan taklimat mengenai fungsi dan peranan MaCGDI dalam membangunkan Infrastruktur Data Spatial Kebangsaan (NSDI) dan diteruskan dengan penerangan umum mengenai Malaysian Metadata Standard serta sistem-sistem lain yang dikelolakan oleh MaCGDI. Sepanjang bengkel berlangsung, sebanyak 190 metadata telah berjaya dimuat naik oleh peserta bengkel ke dalam MyGDI Explorer dan mencapai objektif bengkel seperti yang dirancang.
PHN mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak MacGDI serta semua agensi yang terlibat kerana telah memberi kerjasama yang sangat positif bagi menjayakan bengkel pada kali ini. Diharap dengan penganjuran bengkel ini kesemua ahli JTMM dapat memanfaatkan sistem dan aplikasi yang telah dibangunkan oleh pihak MaCGDI. PHN turut berharap dengan penggunaan hanya satu platform perkongsian maklumat geospatial seperti ini dapat mengelakkan pembaziran dari aktiviti-aktiviti bertindih dalam pengumpulan, pemprosesan dan penyaluran data yang diperoleh oleh setiap agensi kerajaan dan GLC di Malaysia.
Hubungi Kami
Pusat Hidrografi Nasional Bandar Armada Putra,
|
Telephone Kaunter Jualan Carta Isnin - Jumaat |
Pengunjung
Hari ini 373
Mingguan 731
Bulanan 7337
Keseluruhan 332141