Top Ad

 

Info Terkini

24 Apr 19 - Program Corporate Social Responsibility (CSR) antara PHN dan Royal Australian Navy sempena Engagement TLDM bersama Australia Defence Force Indo-Pacific Endeavour 2019 (ADF-IPE 19) telah dilaksanakan di Mah Meri Cultural Village, Pulau Carey. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah membina pondok kecil berbumbungkan daun kelapa sebagai tanda tradisi orang asli, membersihkan kawasan persekitaran, demo pertunjukkan perkahwinan tradisi orang asli,  bermain permainan tradisional seperti congkak dan lastik serta sesi menanam anak pokok sebagai simbolik persahabatan.  Acara selesai pada jam 1300H dengan diakhiri sesi bergambar.

27 Apr 19 - Armada Siaga TLDM Perkasa. Warga Pusat Hidrografi Nasional dan KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun TLDM ke 85 kepada seluruh warga Tentera Laut DiRaja Malaysia. Sedia Berkorban.

26 Apr - Pulau Indah.  Ingatlah bahawa warga TLDM adalah Pendokong, Pejuang, Pahlawan, Benteng Pertahanan Negara, Pemegang Amanah, Penjaga kepada kesucian agama, kehormatan bangsa dan kedaulatan negara tercinta ini. Oleh itu, bersama-samalah mempertingkatkan keimanan dan sentiasa bertawakkal serta berkhidmat dengan penuh keikhlasan dengan penuh amanah berteraskan ajaran Islam yang syumul. Berikut adalah antara intipati Khutbah Khas Solat Jumaat sempena Hari TLDM 85 yang bertajuk Armada Siaga TLDM Perkasa di Masjid Al-Qayyum, Bandar Armada Putra.

PHN 11Dec -  Mulai 2018, PHN akan diaudit oleh juruaudit luar yang bertauliah.

PULAU INDAH, 4 Ogos – Satu Ikrar Bebas Rasuah (IBR) telah diadakan di padang kawad, Pusat Hidrografi Nasional (PHN). Penglibatan seramai 298 orang pegawai dan staff dari semua peringkat sama ada tentera laut dan juga staf awam yang berkhidmat di PHN.

Bacaan Ikrar telah diketuai oleh Laksamana Pertama Hanafiah bin Hassan dan disaksikan oleh Ketua Pengarah SPRM Negeri Selangor YBhg Dato’ Wan Ramli bin Wan Abdullah.

‘Ikrar Bebas Rasuah’ ini sebenarnya agak unik dan berbeza berbanding Ikrar Integriti Korporat kerana ia memberi penekanan kepada ikrar serta janji yang dibuat oleh para pemimpin TLDM dan warganya dalam kapasiti sebagai individu, untuk menjunjung tanggungjawab serta akauntabiliti bagi menjauhi serta menghindari diri daripada terlibat dengan sebarang godaan rasuah dan salah guna kuasa, sepanjang melaksanakan tugas.

Dalam ucapan Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Fadzilah bin Mohd Salleh menegaskan beliau tidak akan berkompromi sekiranya terdapat pegawai dan staf bawahan beliau kiranya terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan gejala rasuah mahupun salah guna kuasa. 

PULAU INDAH, 16 Okt 17 – Mesyuarat Ke-10 Jawatankuasa Teknikal Marin MyGDI (JTMM) telah berlangsung pada 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Batimetri, PHN. Mesyuarat JTMM ini telah memasuki ke siri ke-10 yang mana merupakan penjenamaan semula dari  Jawatankuasa Kerja Pelaksanaan Perkongsian Maklumat dan Data Bagi Objek-Objek Bawah Air (JKPPMOBA). Penubuhannya bertujuan untuk menzahirkan hubungan kerjasama antara Agensi Kerajaan dan Government Linked Companies (GLC) melalui perkongsian maklumat geospatial marin bagi mengkoordinasikan segala keperluan data marin mengikut standard dan polisi yang digariskan oleh Malaysia Geospatial Data Infrastructure (MyGDI).

Penubuhan Jawatankuasa Teknikal Marin MyGDI (JTMM) juga adalah seiring dengan Pelan Strategik Pusat Hidrografi Nasional untuk menyediakan platform Marine Spatial Data Infrastructure (MSDI) di Malaysia seterusnya menyokong pembangunan Infrastruktur Data Geospatial Negara iaitu Malaysia Geospatial Data Infrastructure (MyGDI). MyGDI merupakan platform perkongsian maklumat geospatial di kalangan agensi pembekal dan pengguna sekaligus mengelakkan pembaziran dari aktiviti-aktiviti bertindih dalam pengumpulan, pemprosesan dan penyaluran maklumat geospatial yang diperlukan untuk tujuan perancangan, pengawasan dan penguatkuasaan terhadap sumber marin Negara di kalangan jabatan Kerajaan dan agensi berkaitan.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan Laksamana Muda Dato’ Fadzilah bin Mohd Salleh, Ketua Pengarah Hidrografi, Seramai 30 deligasi daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta yang terlibat hadir di dalam mesyuarat ini. Ahli keanggotaan JTMM adalah sebanyak 25 Agensi termasuk PHN. Antara wakil agensi yang hadir ialah daripada Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia, Kementerian Sains Teknologi Dan Inovasi, Jabatan Mineral Dan Geosains,  Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara, Agensi Remote Sensing Malaysia, Jabatan Laut Malaysia, Jabatan Perikanan Malaysia, Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia, Jabatan Pengairan Dan Saliran, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Meteorologi Malaysia, Malaysia Petroleum Management, Jabatan Taman Laut Malaysia, Jabatan Warisan Negara, Kementerian Tenaga Teknologi Hijau Dan Air, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Telekom Malaysia Berhad dan Jabatan Peguam Negara. Ahli jawatankuasa terdiri daripada agensi swasta dan awam yang dilantik serta bermandat untuk membekalkan maklumat maklumat marin yang bersesuaian untuk disalurkan kepada PHN bagi tujuan perkongsian.

Antara agenda yang dibincangkan adalah maklumbalas dari perkara-perkara berbangkit dari siri mesyuarat yang lepas serta membincangkan lain-lain hal. Wakil dari Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara telah memberi taklimat tentang Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS) dan diikuti taklimat MyMarine Geo-Hub oleh Lt Dya Astitie Hartatie Binti Toha (Pegawai GIS).  Mesyuarat ini juga turut membincangkan berkenaan Pembangunan Draf Terma Rujukan JTMM kepada wakil ahli JTMM yang hadir. Mesyuarat selesai pada jam 12.00 tengahari dan seterusnya kesemua ahli mesyuarat menikmati juadah makan tengah hari di Wisma Indah, PHN.  PHN mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat kerana telah menjayakan mesyuarat ini.

Skudai, 2 Nov 17 - Mesyuarat Jawatankuasa Hidrografi Negara (MJHN) ke-24 telah diadakan di Dewan Senat, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg Laksamana Muda Dato Fadzilah bin Mohd Salleh, Ketua Pengarah Hidrografi, Pusat Hidrografi Nasional.

Mesyuarat melibatkan 15 agensi termasuk Institut Pengajian Tinggi Awam yang terlibat secara langsung dan aktif dengan aktiviti hidrografi dan maritim di Perairan Malaysia.

MJHN ini diadakan setahun sekali dan pada kali ini ianya membincangkan isu isu semasa berkaitan aktiviti hidrografi serta perkongsian maklumat di kalangan Ahli Jawatankuasa Hidrografi Negara (JHN) serta perancangan untuk mengembangkan aktiviti perkongsian data secara atas talian di kalangan ahli.

PULAU INDAH, 4 Dis 17 – Sambutan Hari Keluarga PTPI 2017 yang melibatkan semua unit yang berpangkalan di Pualu Indah iaitu Pusat Hidrografi Nasional, KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH, PUSMAS TLDM dan juga KD SRI KLANG. Hari keluarga pada kali ini telah diadakan di Kelab Menembak Selangor (Selangor Shooting Assocition) dengan bertemakan “Family First Beyond Others

Pada sambutan pada kali ini dimariahkan dengan pelbagai sukaneka yang melibatkan Kanak-kanak dan juga dewasa dan diakhiri dengan cabutan bertuah. Majlis bermula seawal jam 8.00 pagi dengan pelbagai aktiviti sehingga  jam 2.00 petang. Walaubagaimanapun masih diberi peluang bagi warga PTPI untuk meluangkan masa bersama keluarga dikawasan kolam renang sehingga jam 6 petang.

Semua warga PTPI dan ahli keluarga telah menunjukan komitmen dan kerjasama bukan sahaja semasa bertugas dipejabat malah dengan segala aktiviti yang dianjurkan. Ini mengambarkan warga PTPI sentiasa memeberi kerjasama dengan baik sama ada di dalam atau luar pejabat.

ANUGERAH PHN

 

APLIKASI ONLINE


 
 

Hubungi Kami


Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra,
Pulau Indah,
42009 Pelabuhan Klang,
Selangor, Malaysia

 

Telephone
+603-40160816 (QM)

Kaunter Jualan Carta
+603-40160846

Isnin - Jumaat
8:00AM - 5.00PM 

 

 

Capaian Pantas

 

 Hak Cipta | Dasar & privasi | Penafian

   

Pengunjung

Hari ini 72

Mingguan 2221

Bulanan 4624

Keseluruhan 355871

Bongkar Trik Menang Terbesar dengan Modal Minim Cara Ampuh Menang x100 Starlight Princess Cara Cepat Dapatkan JP Incess 1000 dengan Hitungan Menit Cara Memanfaatkan Akun Pro Maxwin di Lucky Tiger 1000 Cuma Hari Ini Event Scatter Mahjong Ways Dijamin Cuan, Cara Hack Jackpot Sweet Bonanza Gacor Tak Terbendung, Ini Pola Mahjong Ways Geger Pola Rahasia Lucky Tiger Ini Dia Pola Terbaru Mahjong Wins dari Master Jam-Jam Rahasia Mahjong Ways 2 Bikin Jackpot Mau Menang di Game Terbaru Lucky Phoenix Modal Receh Maxwin Jutaan, Ini Dia Pola Gacor Mahjong Wins 3 Modal Receh Untung Selangit, Kuasai Pola Lucky Dog Pecahkan Rekor Kombinasi Pola Gates of Olympus Player Pro Gunakan Pola Ini di Mahjong Ways Bocoran 3 Game Terbaru Penghasil Jackpot Bocoran Cara Main Lucky Phoenix Cara Gampang Auto Cuan: Tips dan Trik Jackpot Wild Bandito Bongkar Pola Pengait Auto Wild Mahjong Ways Bongkar Pola Starlight Princess yang Selalu Menang Tips Pola Spin Biar JP Bertubi-Tubi Trik Bermain Mahjong Ways Agar Menang Konsisten Trik Dapatkan Cuan Jutaan di Mahjong 2 Trik Dapatkan Free Spin Cepat Sweet Bonanza Trik Spin Lucky Phoenix Agar Bisa Tembus JP