Top Ad

 

Info Terkini

PULAU INDAH, 7 MEI 21 - Pemeriksaan Pengurusan Kewangan ke atas Pusat Tanggungjawab (PTJ) Pusat Hidrografi Nasional (PHN) oleh Cawangan lnspektorat, Bahagian Kewangan, Kementerian Pertahanan Malaysia yang berlangsung mulai 5 hingga 7 Mei 2021 telah selesai dengan jayanya pada hari ini. Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan turut hadir “Exit Conference” bagi perbincangan, penemuan dan penambahbaikan oleh Tim Audit.

Tujuan pemeriksaan ini dilaksanakan adalah bagi menyemak rekod dan dokumen berkaitan Kawalan Bajet dan Kawalan Perbelanjaan di PHN untuk memastikan PTJ mematuhi tatacara dan peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa serta mengikut kaedah pelaksanaan yang ditetapkan.
 

PULAU INDAH, 7 MEI 21 - Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan telah menyempurnakan Majlis Khatam Al-Quran peringkat Pangkalan TLDM Pulau Indah (PTPI) pada 7 Mei dan seterusnya berbuka puasa bersama-sama warga Pangkalan bertempat di Wisma Laskar PTPI. Seramai 44 Pegawai dan Anggota telah terlibat dengan Tadarus Al-Quran bermula 1 Ramadan 1442H. Semoga Ramadan kali ini dipenuhi keberkatan.

 

PULAU INDAH, 5 MEI 21 - Majlis Penyampaian Sijil Anugerah Kualiti Penggal Pertama Tahun 2021, Pemenang Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat PHN 2021, Peraduan Mengarang Esei Maritim 2021 dan Bungkusan Hari Raya Aidilfitri oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan telah dilaksanakan di Auditorium Pusat Hidrografi Nasional. Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima anugerah. Semoga kejayaan mereka memberi inspirasi kepada warga PHN yang lain.

 

 

PULAU INDAH, 4 MEI 21 - Program Interaksi Virtual Staff Interaction (VSI) di antara TLDM dan Tentera Laut India telah berjaya dilaksanakan pada 4 Mei 21 secara atas talian dengan menggunakan platform CISCO WEBEX. VSI ini bertujuan membincangkan keperluan kerjasama yang telah dijalinkan kedua - dua negara setelah memeterai MoU Kerjasama Pertahanan sejak tahun 1993. TLDM diwakili oleh Laksma Razib bin Tahir (Panglima Angkatan Kapal Selam), Kept Ismail bin Othman TLDM (Pengarah Sumber Manusia - Pembangunan) dan Kept Lukman Hanafiah bin Azamar Omar TLDM (Pengarah Geospatial).

Antara isu kerjasama hidrografi yang telah dibincangkan adalah berkenaan tawaran kursus, MoU kerjasama hidrografi serta lawatan ke fasiliti hidrografi kedua-dua buah negara. Manakala perbincangan lain menjurus kepada kerjasama kapal selam dan program-program latihan di bawah kendalian Bahagian Sumber Manusia, Markas Tentera Laut (Mk TL).
 

PULAU INDAH, 11 MEI 21 - Pengarah Geospatial, Kept Lukman Hanafiah bin Azamar Omar TLDM telah menyampaikan Cek daripada Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) dan Bantuan Sejambak Kasih ATM kepada BK HDI Fakhruddin bin Ngah yang mengalami strok sejak tahun lepas. Sumbangan cek telah dilaksanakan di kediaman anggota iaitu di Kg Sg. Pinang, Pulau Indah. Semoga dengan bantuan yang diberikan dapat meringankan beban anggota.

PULAU INDAH, 15 MEI 21 - Lawatan Operasi oleh Timbalan Panglima Tentera Laut (TPTL), Laksamana Madya Dato' Abdul Rahman bin Hj Ayob ke Forward Mounting Base Pusat Hidrografi Nasional (FMB PHN). TPTL melaksanakan lawatan ke Bilik Operasi FMB PHN bagi Op BENTENG Sektor 5 yang terletak di Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Klang. Turut mengiringi TPTL ialah Panglima Armada Barat (PAB), Ketua Pengarah Hidrografi (KPH), Panglima Selam dan Peperangan Periuk Api (PANGSEPI) dan Pegawai Memerintah Depot Bekalan Armada Barat (DBAB). Taklimat Op BENTENG Sektor 5 turut disampaikan oleh KGT 24.5, DSP Hazri bin Zakaria.

LUMUT, 27 APR 21 - Pusat Hidrografi Nasional telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Markas Terbaik TLDM bagi tahun 2020 bersempena Sambutan Hari TLDM Ke-87 yang telah berlangsung di Auditorium M. Sidek Shahbudin, Pangkalan TLDM Lumut hari ini.

Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan telah mewakili seluruh warga Pusat Hidrografi Nasional untuk menerima Piala Pusingan Anugerah Markas terbaik TLDM, Sijil Penghargaan dan Replika Cek bernilai RM 5,000.00. 

Tahniah dan syabas kepada seluruh warga Pusat Hidrografi Nasional di atas kerjasama yang telah diberikan. Bravo Zulu!   

 

PULAU INDAH, 13 APR 21 - Bersempena Program Ihya' Ramadan 1442H, warga Pusat Hidrografi Nasional diserikan dengan pengagihan juadah berbuka puasa iaitu bubur lambuk dan kurma yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan. 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun.” (Riwayat At-Tirmizi).

PULAU INDAH, 16 MAC 2021 - Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada 16 Mac 2021 dan berterusan sehingga pertengahan Mei 2021. Semasa Fasa Peralihan Monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang amat sesuai untuk kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat. Orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia atau Pusat Hidrografi Nasional.

PULAU INDAH, 15 MAC 2021 - Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) untuk warga Pusat Hidrografi Nasional (PHN), Pulau Indah berjalan lancar.

PHN merupakan salah satu Pangkalan TLDM yang ditugaskan sebagai pangkalan barisan hadapan bagi Operasi BENTENG dan Operasi PENAWAR. Kehadiran vaksin ini dapat memberikan kelegaan dan menghilangkan kebimbangan buat warga PHN setelah bertungkus lumus tanpa mengenal penat lelah sepanjang lebih setahun pandemik COVID19 melanda.
 
Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan mendahului warga PHN dengan menerima suntikan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech. Lindung Diri, Lindung Semua.
 
 
Ketua Pengarah Hidrografi warga PHN yang pertama terima suntikan vaksin
 
 
Pengarah Geospatial, Kept Lukman Hanafiah TLDM selesai terima suntikan vaksin

ANUGERAH PHN

 

APLIKASI ONLINE


 
 

Hubungi Kami


Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra,
Pulau Indah,
42009 Pelabuhan Klang,
Selangor, Malaysia

 

Telephone
+603-40160816 (QM)

Kaunter Jualan Carta
+603-40160846

Isnin - Jumaat
8:00AM - 5.00PM 

 

 

Capaian Pantas

 

 Hak Cipta | Dasar & privasi | Penafian

   

Pengunjung

Hari ini 68

Mingguan 1274

Bulanan 7476

Keseluruhan 300004

Pola Viral Mahjong Ways Real Skema Unik Naga Hitam Tak Berkutik Racikan Perangsan Mahkota Zeus Pola Pemancing Scatter dan Multiplier Incess Trik Dapat Petir Jumbo Olympus 1000 Sudah Rungkad Terbitlah Sensasional Trik Cuan Banyak di Game Online Server Indo Waktu Krusial JP Starlight Princess x1000 RTP Game Online Akhir Pekan Simbol Kemenangan Gates Of Olympus Mahjong Scatter Maxwin 2024 Pola Pemikat Perkalian Besar Olympus Gulungan Kemenangan Besar Starlight Princess Terbaru Petir Merah Berubah Segalanya Pola Ratu Selatan di Mahjong Ways