PULAU INDAH, 9 Dis 22 - Bengkel Pegawai Hidrografi bagi tahun 2022 (BPH22) telah dilaksanakan di Pusat Hidrografi Nasional bermula pada 8 hingga 9 Disember 2022. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan. Perlaksanaan BPH22 ini merupakan platform untuk mengadakan sesi perbincangan, percambahan minda, pembangunan modal insan dan interaksi berkesan di kalangan peserta, terutamanya dari unit luar PHN bagi tujuan sumbang saran, berkongsi pandangan dan idea baharu dalam menambah baik tadbir urus organisasi hidrografi TLDM.