

PULAU INDAH, 2 OKT 2024 - KUNJUNGAN HORMAT OLEH SETIAUSAHA BAHAGIAN, BAHAGIAN INDUSTRI PERTAHANAN, KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA KE ATAS KETUA PENGARAH HIDROGRAFI. Kunjungan hormat oleh Encik Eris Jemadi bin Tajudin ke atas Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan pada pagi ini.
SHAH ALAM, 26 SEP 2024 - MAJLIS MERAIKAN PEGAWAI BERTUKAR KELUAR DAN MASUK telah dilaksanakan pada malam 26 Sep 24 di Restoran Al-Rawsha, Shah Alam. Majlis anjuran Wisma Indah ini bertujuan menghargai dan meraikan pegawai yang telah dan akan bertukar keluar dari Pangkalan TLDM Pulau Indah dan juga meraikan pegawai yang baru bertukar masuk. Majlis telah diserikan dengan kehadiran YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan dan isteri, Datin Nor Hayati binti Abdullah.
PULAU INDAH, 26 SEP 2024 - MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT bagi anggota Lain-lain Pangkat (LLP) telah dilaksanakan di Auditorium Pangkalan TLDM Pulau Indah pada 26 Sep 24. Seramai 7 orang anggota telah dinaikkan pangkat pada pagi ini dan PENYAMPAIAN SIJIL ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG ( APC ) tahun 2023. Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan dengan diiringi oleh Pengarah Geospatial Kept Lukman Hanafiah bin Azamar Omar TLDM dan Pegawai Memerintah KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH, Kdr Selva Kumar a/l Subramaniam TLDM.
PULAU INDAH, 12 SEP 2024- SESI TAKLIMAT KEPADA BAHAGIAN UNDANG-UNDANG, BAHAGIAN DASAR DAN PERANCANGAN STRATEGIK KEMENTERIAN PERTAHANAN. Taklimat dan lawatan kerja ke National Hydrographic Centre oleh delegasi dari Bahagian Undang-Undang (BUU), Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik (BDPS) KEMENTAH dan Bahagian Perundangan, Markas Tentera Laut telah dilaksanakan pada 12 Sep 24 yang diketuai oleh Puan Roziza binti Sidek selaku Penasihat Undang-undang, BUU KEMENTAH. Taklimat dan lawatan kerja ini bertujuan memberi pendedahan berkaitan fungsi, tugas dan tanggungjawab PHN. Sesi taklimat turut membincangkan berkaitan isu Punca Kuasa Hidrografi, Rang Undang-undang Hidrografi Negara (RUUHN), Perintah Fi Hidrografi dan Perjanjian Luar serta Dalam Negara.
KUALA LUMPUR, 6 SEP 2024 - MESYUARAT KE-20 JAWATANKUASA KEBANGSAAN NAMA GEOGRAFI ( JKNG ) telah diadakan pada 6 Sep 24 bertempat di Wisma JUPEM, Kuala Lumpur. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, Sr Hazri bin Hassan. Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan yang merupakan ahli tetap JKNG telah mengetuai delegasi National Hydrographic Centre dalam mesyuarat ini. PHN yang merupakan sekretariat Kumpulan Kerja Nama Pulau dan Entiti Geografi (KKNPEG) telah terlibat secara aktif dalam mesyuarat yang dilaksanakan ini. Objektif mesyuarat ini adalah untuk membincangkan perkembangan aktiviti-aktiviti semasa Jawatankuasa Teknikal dan juga Jawatankuasa Negeri dalam mencapai objektif penubuhan JKNG dalam menyelaraskan kegiatan penentuan nama geografi di Malaysia.
PULAU INDAH, 6 JUN 2024 - MAJLIS SOLAT HAJAT, BACAAN YASIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT PANGKALAN TLDM PULAU INDAH telah diadakan pada 6 Jun 24, Khamis malam selepas Solat Fardu Maghrib, mengambil keberkatan malam penghulu segala hari, iaitu hari Jumaat Saiyyidul Ayyam. Majlis ini juga diadakan bagi memohon ke hadrat Allah SWT agar dikurniakan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan serta perlindungan buat YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan dan Isteri, Datin Nor Hayati binti Abdullah yang bakal berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini.
KUALA LUMPUR, 30 MEI 2024 - PROGRAM MENYANTUNI VETERAN HIDROGRAFI TLDM. Ketua Pengarah Hidrografi , Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan bersama isteri dan delegasi meneruskan program menyantuni pesara hidrografi TLDM dengan melawat Kepten (B) Husaini @ Huraynge bin Abdullah TLDM dan isteri di kediamannya di Ampang, Kuala Lumpur. Segala pujian dipanjatkan ke hadrat Ilahi semoga Kept (B) Husaini TLDM dan isteri diberikan kesihatan yang sebaiknya, dilindungi, diberkati dan dirahmati selalu .
PULAU INDAH, 28 MEI 2024 - MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT bagi anggota Lain-lain Pangkat (LLP) telah dilaksanakan di Wisma Laskar Pangkalan TLDM Pulau Indah pada 28 Mei 24. Seramai 10 orang anggota telah dinaikkan pangkat pada pagi ini.M ajlis telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan dengan diiringi oleh Pegawai Memerintah KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH, Kdr Selva Kumar a/l Subramaniam TLDM.
PORT KLANG, 23 MEI 2024 - PROGRAM MENYANTUNI VETERAN HIDROGRAFI TLDM. Ketua Pengarah Hidrografi , Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan bersama delegasi dalam program menyantuni pesara TLDM telah melawat mantan Ketua Pengarah Hidrografi (KPH) pertama iaitu Kepten (B) Goh Siew Chong TLDM dan mantan KPH kedua, Laksamana Muda (B) Dato’ Pahlawan Mohd Rasip bin Hassan di kediamannya. Kepten (B) Goh Siew Chong TLDM telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Hidrografi pertama pada 13 Okt 1980 dan telah menamatkan kerjayanya dalam TLDM pada 1 Sep 1986 manakala Laksamana Muda (B) Dato Pahlawan Mohd Rasip bin Hassan pula telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Hidrografi kedua pada 1 May 1986 dan telah menamatkan kerjayanya dalam TLDM pada 15 Jun 2004.
KUALA LUMPUR, 21 MEI 2024 - NON – DISCLOSURE AGREEMENT ( NDA ). Detik bersejarah pada hari ini, PHN dan Tenaga Nasional Berhad ( TNB ) telah memeterai satu Non – Disclosure Agreement ( NDA ) yang telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan dan Chief Grid Officer TnB, Encik Hasmarizal bin Hassan. NDA ini merupakan kolaborasi strategik di antara dua agensi dalam perkongsian data dan maklumat geospatial marin milik TNB kepada PHN untuk dipaparkan di dalam Carta MAL dan Carta Panduarah Elektronik (MyENC). Data-data ini diperlukan untuk pemakluman yg lebih komprehensif di dalam produk yg dibangunkan oleh PHN terutamanya bagi tujuan keselamatan pelayaran serta pelbagai pelaksanaan aktiviti marin di perairan negara.
Hubungi Kami
Pusat Hidrografi Nasional Bandar Armada Putra,
|
Telephone Kaunter Jualan Carta Isnin - Jumaat |
Pengunjung
Hari ini 70
Mingguan 2219
Bulanan 4622
Keseluruhan 355869