

PULAU INDAH, 10 FEB 23 - Program Jiwa Murni Suku Pertama bagi Tahun 2023 dan Perasmian Blok Sekolah Agama Rakyat KAFA Integrasi Bandar Armada Putra telah dilaksanakan pada 9 dan 10 Feb 23. Program kali ini dianjurkan secara gotong-royong dengan kerjasama antara guru-guru KAFA Integrasi dan Ahli Jawatan Kuasa Masjid al-Qayyum Bandar Armada Putra. Seramai 80 orang pegawai dan anggota pangkalan termasuk AJK Masjid Al-Qayyum serta guru-guru Sekolah Agama Rakyat KAFA Integrasi terlibat dalam program kali ini. Perasmian Blok KAFA yang baru dengan nama panggilan ‘Blok Mutiara’ telah disempurnakan oleh YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan. LK HDI Mohd Amirul Saswan bin Mohd Sukri telah dipilih sebagai pemenang dalam pertandingan penamaan Blok KAFA yang telah dianjurkan oleh Cawangan Agama Islam pada 1 Feb 23 yang lalu. Program ini juga dilaksanakan selaras dengan keutamaan ke-3 dalam perutusan ulung Panglima Tentera Laut Ke-18, iaitu memperkasa etos dan etika ketenteraan.
PULAU INDAH, 9 FEB 23 - Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil telah diadakan di Surau Wisma Laskar pada 9 Feb 23 bersamaan 18 Rejab 1444H. Majlis ini adalah majlis rutin warga pangkalan bagi menghidupkan aktiviti kerohanian pada malam Jumaat seperti yang telah termaktub dalam PMAT 9/91, Dasar Pembinaan Mental dan Kerohanian Islam ATM bertarikh 20 Mei 1991. Majlis dimulakan dengan Solat Fardu Maghrib berjemaah dan disusuli bacaan Yasin, Tahlil serta Doa Selamat bagi memohon keselamatan serta kemudahan dalam segala urusan kebajikan warga pangkalan. Dalam pada itu, bacaan Yasin dan Tahlil pada kali ini juga diniatkan khusus untuk Allahyarham Laksamana Pertama (B) Dato’ Yacob bin Ismail, mantan Ketua Pengarah Hidrografi yang ke-3 yang telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Kdr Shukri bin Mohd Yusop TLDM, Ketua Pegawai Staf Dasar dan Pembangunan Pusat Hidrografi Nasional.
Hubungi Kami
Pusat Hidrografi Nasional Bandar Armada Putra,
|
Telephone Kaunter Jualan Carta Isnin - Jumaat |
Pengunjung
Hari ini 71
Mingguan 2220
Bulanan 4623
Keseluruhan 355870