

Pulau Indah, 8 FEB 2024 - Kursus Hydrographic Code of Practise for Port and Harbours ( COP ) telah dilaksanakan mulai 7 hingga 8 Feb 24 di Pusat Hidrografi Nasional.Pelaksanaan kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelabuhan utama dan agensi kerajaan yang terlibat secara langsung dengan aktiviti hidrografi berkenaan rujukan COP dalam melaksanakan kerja-kerja pengukuran hidrografi di kawasan pelabuhan dan persisir.
Pulau Indah, 1 FEB 2024. Para pegawai dari Pusat Hidrografi Nasional dan KD PERANTAU berhimpun mesra di Majlis Request Pleasure of Company ( RPC ) yang diadakan di Geladak Bendera KD PERANTAU. Majlis turut meraikan pegawai yang baru dinaikkan pangkat iaitu P/Kept Mohd Syahir bin Eleas TLDM dan Lt Kdr Sukhbir Singh TLDM.
Pulau Indah, 1 FEB 2024 -Kunjungan hormat oleh Laksamana Muda Abdullah Sani bin Ismail, Inspektor Jeneral TLDM ke atas Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan pada pagi ini.
Pulau Indah , 8 JAN 2024 - Warga #NavyPeople dari Pusat Hidrografi Nasional mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berbahagia Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan atas pengurniaan darjah Johan Mangku Negara sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI.
Pulau Indah, 4 JAN 2024 - Taklimat hasil pengukuran peserta kursus dan Majlis Penutup Hydrographic Field Survey Project Bagi Kursus UTM Hydro III FIG/IHO/ICA Category A sesi 2023/2024. Seramai 21 orang peserta kursus telah mempersembahkan hasil pengukuran hidrografi mereka dengan jayanya kepada Ketua Pengarah Hidrografi, Laksda Dato’ Hanafiah bin Hasan dan Prof. Dr. Mohd Razali bin Mahmud dari Fakulti Alam Bina dan Ukur, UTM. PHN telah berkolaborasi dengan pihak UTM bagi mengendalikan subjek Hydrographic Survey dan Hydrographic Field Survey Project yang merangkumi kursus Hydrography Category B, Hydrography Category A dan Hydrography Category A (PEJUTA) sejak tahun 2018 yang lalu.Tahniah diucapkan buat kesemua peserta kursus!
SHAH ALAM, 18 DIS 2023 - KEJOHANAN SUKAN 3 PENJURU SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH KE-17. Tahniah diucapkan kepada WISMA BINTARA yang muncul sebagai juara sukan 10 Pin Boling bagi Kejohanan Sukan 3 Penjuru pada kali ini. Kini berbaki 1 sahaja sukan yang akan dipertandingkan. Wisma manakah yang akan dinobatkan sebagai JUARA KESELURUHAN bagi Kejohanan Sukan 3 Penjuru tahun 2023. KEKALKAN SEMANGAT DAN SELAMAT BERJUANG!!
PULAU INDAH, 14 DIS 2023 - Program Kerohanian Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Kd Sultan Abdul Aziz Shah Ke-17. Cawangan Agama Islam KD SAAS telah mengadakan Program Kerohanian Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH Ke-17 pada tanggal 1 Jamadil Akhir 1445H bersamaan 14 Dis 2023. Pengisisan Program Kerohanian dimulakan dengan Solat Sunat Hajat seterusnya bacaan Tahlil serta Doa Selamat dan diakhiri dengan Bicara Ilmu yang disampaikan oleh penceramah jemputan Al-Fadhil Ustaz Harryanto Rizal bin Rokman. Beliau merupakan Pendakwah Bebas, Pakar Runding Umrah dan Pengarah Urusan di UstazHarry Umrah Travel Services Sdn Bhd. Tajuk ceramah yang disampaikan adalah “PENGORBANAN DALAM PERJUANGAN”. Program ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan, Ketua Pengarah Hidrografi bersama-sama 120 orang warga pangkalan.
PULAU INDAH, 12 DIS 23 - Kunjungan hormat oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pulau Indah 2, Encik Faridzul Azwan bin Mohd Kamarudin ke atas Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan pada pagi ini.
PULAU INDAH, 6 DIS - Kunjungan hormat oleh Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Mineral & Geosains, Dato Ir. Ahmad Zukni Bin Ahmad Khalil ke atas Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan pada pagi ini.
PULAU INDAH, 5 DEC - Official Visit by Malacca Strait Council (MSC) delegations led by Mr. Masayoshi Tsuno, Advisor of Malacca Strait Council to National Hydrographic Centre this evening. The delegation was welcomed by the Director General of Hydrography, Rear Admiral Dato’ Hanafiah bin Hassan.
Hubungi Kami
Pusat Hidrografi Nasional Bandar Armada Putra,
|
Telephone Kaunter Jualan Carta Isnin - Jumaat |
Pengunjung
Hari ini 242
Mingguan 847
Bulanan 13760
Keseluruhan 350272