Top Ad

 

Info Terkini

PULAU INDAH, 15 APRIL 2025 - MESYUARAT PENGURUSAN SISTEM KUALITI (MPSK) PENGGAL PERTAMA 2025. “Excellence begins with commitment”. Mesyuarat Pengurusan Sistem Kualiti (MPSK) Penggal Pertama Tahun 2025 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 15 Apr 25 jam 0930 bertempat di Bilik Mesyuarat Batimetri, Pusat Hidrografi Nasional (PHN). Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, YBhg Laksda Dato’ Hanafiah bin Hassan yang dihadiri oleh semua Ketua Jabatan dan staf utama yang berkaitan. Perbincangan strategik ini merupakan langkah penting dalam memperkukuhkan keberkesanan pelaksanaan SPK serta memastikan pematuhan secara berterusan terhadap standard MS ISO 9001:2015, khususnya sebagai persediaan bagi menghadapi Audit Pensijilan Semula MS ISO pada 29 & 30 Apr 25. Komitmen terhadap kualiti adalah teras kecemerlangan organisasi.

   

PULAU INDAH, 14 APRIL 2025 - KUNJUNGAN HORMAT OLEH PANGLIMA SELAM DAN PEPERANGAN PERIUK API (PANGSEPI) .Panglima Selam dan Peperangan Periuk Api (PANGSEPI), Laksamana Pertama Dr Tay Yap Leong menerima Kawalan Suku dan melaksanakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan pada pagi ini.

   

   

   

PULAU INDAH, 9 APRIL 2025 - MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT bagi anggota Lain-lain Pangkat (LLP) telah dilaksanakan di Auditorium Pangkalan TLDM Pulau Indah pada 9 Apr 25. Seramai 11 orang anggota telah dinaikkan pangkat pada pagi ini. Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan dan diiringi oleh Timbalan Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Pertama Dr. Najhan bin Md Said dan Pegawai Memerintah KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH, Kdr Ts. Dilagar Muthumani a/l Chockalingam TLDM. Tahniah diucapkan kepada kesemua anggota yang dinaikkan pangkat. Semoga terus maju jaya di dalam perkhidmatan.

   

   

   

PULAU INDAH, 20 MAC 2025-MAJLIS IFTAR, QIAMULLAIL & GEMPUR SUBUH PANGKALAN SIRI 1/25. Pangkalan TLDM Pulau Indah telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa, Qiamullail & Gempur Subuh pada 19 dan 20 Mac 2024 (18 dan 19 Ramadan 1446H) bertempat di Wisma Laskar PTPI. Program ini dihadiri oleh YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Pertama Dr. Najhan bin Md Said, serta seluruh warga pangkalan. Objektif utama program adalah untuk memperkukuh ukhuwah di kalangan warga sambil menyemarakkan amalan Qiyam Ramadan sebagai persiapan awal pecutan terakhir memburu malam Lailatul Qadar di penghujung 10 hari terakhir Ramadan.

   

   

   

PULAU INDAH, 19 MAC 2025- KUNJUNGAN HORMAT OLEH DEPUTY DIRECTOR OF THE INTERNATIONAL STRATEGY DIVISION, ADMINISTRATION DEPARTMENT, JAPAN COAST GUARD KE ATAS KETUA PENGARAH HIDROGRAFI. Kunjungan hormat oleh Cdr Issei Nishimura ke atas Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan pada pagi ini.

   

   

   

   

   

PULAU INDAH, 10 MAC 2025- LAWATAN TAPAK ANUGERAH MARKAS TERBAIK (AMT) 2025 telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Tim Bahagian Inspektorat Jeneral (BIJ) Markas Tentera Laut pada 10 Mac 25 bertempat di Pusat Hidrografi Nasional. Kunjungan Tim BIJ diketuai Timbalan Inspektor Jeneral, Laksamana Pertama Rosli bin Abd Ghani, manakala wakil PHN diketuai Timbalan Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Pertama Dr Najhan bin Md Said, Pengarah Geospatial, Pegawai Memerintah KD SAAS, Ketua Jabatan, Wakil Seksyen serta Tim Pengurusan Prestasi & Integriti PHN. Timbalan IJ menerima Kawalan Suku dan seterusnya mengadakan Kunjungan Hormat ke atas Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan. Secara keseluruhan, lawatan tapak AMT 25 telah dilaksanakan dengan jayanya melibatkan 3 Kriteria dan 10 Sub Kriteria yang dinilai. Tahniah dan Syabas kepada Seluruh Tim PHN.

   

   

   

 

CHINA, 2 MAC 2025 - MALAYSIA’S COMMITMENT TO STRENGHTHENING REGIONAL HYDROGRAPHIC COOPERATION IN HANGZHOU, CHINA . From 25th to 28th February 2025, Malaysia, under the esteemed leadership of the Chief Hydrographer of the National Hydrographic Centre (NHC), Rear Admiral Dato' Hanafiah bin Hassan, actively participated in a series of high-level maritime meetings in Hangzhou, China, hosted by the China Maritime Safety Administration (China MSA). These engagements brought together key maritime stakeholders from the East Asia region to foster regional cooperation, hydrographic capacity building, and maritime safety advancements. The Malaysian delegation comprised: valuable expertise on Maritime Safety Information (MSI) for NAVAREA XI. The fruitful discussions reaffirmed the importance of regional partnerships in safeguarding our shared maritime domain and enhancing the delivery of hydrographic services in East Asia. Malaysia remains steadfast in its commitment to advancing maritime safety, hydrographic excellence, and capacity-building initiatives, contributing to a safer and more sustainable maritime environment across the region.

   

   

   

 

PULAU INDAH, 18 FEB 2025 - MESYUARAT PENGURUSAN SISTEM KUALITI (MPSK) SIRI 2/24 . Mesyuarat Sistem Pengurusan Kualiti (MPSK) Siri 2/24 telah berlangsung dengan jayanya pada 18 Feb 25 jam 0930H di Bilik Mesyuarat Batimetri, Pusat Hidrografi Nasional (PHN). Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, YBhg Laksda Dato’ Hanafiah bin Hassan, serta dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Hidrografi, Laksma Dr Najhan bin Md Said dan semua Ketua Jabatan. Fokus utama mesyuarat adalah membincangkan status pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) serta meneliti teguran hasil Audit Dalaman yang telah dilaksanakan pada 3 hingga 6 Dis 24. Perbincangan ini diharap dapat memperkukuhkan keberkesanan SPK dalam memastikan pematuhan terhadap piawaian ISO 9001:2015

 

   

   

   

PULAU INDAH, 18 FEB 2025 - MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT DAN ANUGERAH KUALITI PENGGAL KEDUA 2024 telah dilaksanakan di Auditorium PHN Pulau Indah pada 18 Feb 2025. Seramai 19 orang anggota telah dinaikkan pangkat pada pagi ini.Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan dan diiringi oleh Timbalan Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Pertama Dr.Najhan bin Md Said dan Pegawai Memerintah KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH, Kdr Ts.Dilagar Muthumani a/l Chockalingam TLDM.Tahniah diucapkan kepada kesemua 19 orang anggota yang dinaikkan pangkat dan penerima Anugerah Kualiti Penggal Kedua 2024. Semoga terus maju jaya dalam perkhidmatan. Sedia Berkorban!

   

   

   

PULAI INDAH, 18 FEB 2025 - MESYUARAT PENGURUSAN SISTEM KUALITI (MPSK) SIRI 2/24. “The price of greatness is responsibility”. Mesyuarat Sistem Pengurusan Kualiti (MPSK) Siri 2/24 telah berlangsung dengan jayanya pada 18 Feb 25 jam 0930H di Bilik Mesyuarat Batimetri, Pusat Hidrografi Nasional (PHN). Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, YBhg Laksda Dato’ Hanafiah bin Hassan, serta dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Hidrografi, Laksma Dr Najhan bin Md Said dan semua Ketua Jabatan. Fokus utama mesyuarat adalah membincangkan status pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) serta meneliti teguran hasil Audit Dalaman yang telah dilaksanakan pada 3 hingga 6 Dis 24. Perbincangan ini diharap dapat memperkukuhkan keberkesanan SPK dalam memastikan pematuhan terhadap piawaian ISO 9001:2015.

Page 1 of 20

ANUGERAH PHN

 

APLIKASI ONLINE


 
 

Hubungi Kami


Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra,
Pulau Indah,
42009 Pelabuhan Klang,
Selangor, Malaysia

 

Telephone
+603-40160816 (QM)

Kaunter Jualan Carta
+603-40160846

Isnin - Jumaat
8:00AM - 5.00PM 

 

 

Capaian Pantas

 

 Hak Cipta | Dasar & privasi | Penafian

   

Pengunjung

Hari ini 70

Mingguan 2219

Bulanan 4622

Keseluruhan 355869

Bongkar Trik Menang Terbesar dengan Modal Minim Cara Ampuh Menang x100 Starlight Princess Cara Cepat Dapatkan JP Incess 1000 dengan Hitungan Menit Cara Memanfaatkan Akun Pro Maxwin di Lucky Tiger 1000 Cuma Hari Ini Event Scatter Mahjong Ways Dijamin Cuan, Cara Hack Jackpot Sweet Bonanza Gacor Tak Terbendung, Ini Pola Mahjong Ways Geger Pola Rahasia Lucky Tiger Ini Dia Pola Terbaru Mahjong Wins dari Master Jam-Jam Rahasia Mahjong Ways 2 Bikin Jackpot Mau Menang di Game Terbaru Lucky Phoenix Modal Receh Maxwin Jutaan, Ini Dia Pola Gacor Mahjong Wins 3 Modal Receh Untung Selangit, Kuasai Pola Lucky Dog Pecahkan Rekor Kombinasi Pola Gates of Olympus Player Pro Gunakan Pola Ini di Mahjong Ways Bocoran 3 Game Terbaru Penghasil Jackpot Bocoran Cara Main Lucky Phoenix Cara Gampang Auto Cuan: Tips dan Trik Jackpot Wild Bandito Bongkar Pola Pengait Auto Wild Mahjong Ways Bongkar Pola Starlight Princess yang Selalu Menang Tips Pola Spin Biar JP Bertubi-Tubi Trik Bermain Mahjong Ways Agar Menang Konsisten Trik Dapatkan Cuan Jutaan di Mahjong 2 Trik Dapatkan Free Spin Cepat Sweet Bonanza Trik Spin Lucky Phoenix Agar Bisa Tembus JP