Top Ad

 

Info Terkini

PULAU INDAH, 14 DIS 2023 - Program Kerohanian Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Kd Sultan Abdul Aziz Shah Ke-17. Cawangan Agama Islam KD SAAS telah mengadakan Program Kerohanian Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH Ke-17 pada tanggal 1 Jamadil Akhir 1445H bersamaan 14 Dis 2023. Pengisisan Program Kerohanian dimulakan dengan Solat Sunat Hajat seterusnya bacaan Tahlil serta Doa Selamat dan diakhiri dengan Bicara Ilmu yang disampaikan oleh penceramah jemputan Al-Fadhil Ustaz Harryanto Rizal bin Rokman. Beliau merupakan Pendakwah Bebas, Pakar Runding Umrah dan Pengarah Urusan di UstazHarry Umrah Travel Services Sdn Bhd. Tajuk ceramah yang disampaikan adalah “PENGORBANAN DALAM PERJUANGAN”. Program ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan, Ketua Pengarah Hidrografi bersama-sama 120 orang warga pangkalan.

   

   

   

 

PULAU INDAH, 12 DIS 23 - Kunjungan hormat oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pulau Indah 2, Encik Faridzul Azwan bin Mohd Kamarudin ke atas Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan pada pagi ini.

   

   

PULAU INDAH, 6 DIS - Kunjungan hormat oleh Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Mineral & Geosains, Dato Ir. Ahmad Zukni Bin Ahmad Khalil ke atas Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan pada pagi ini.

   

   

 

PULAU INDAH, 5 DEC - Official Visit by Malacca Strait Council (MSC) delegations led by Mr. Masayoshi Tsuno, Advisor of Malacca Strait Council to National Hydrographic Centre this evening. The delegation was welcomed by the Director General of Hydrography, Rear Admiral Dato’ Hanafiah bin Hassan.

   

   

   

PULAU INDAH, 4 DIS 23 - KEJOHANAN SUKAN 3 PENJURU SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH KE-17. SUKAN 1 – BOLA TAMPAR, SUKAN 2 – BADMINTAN, SUKAN – 10 PIN BOLING, SUKAN 4 – TARIK TALI. Tahniah diucapkan kepada Wisma Bintara yang muncul sebagai juara sukan Badminton bagi Kejohanan Sukan 3 Penjuru pada kali ini. Debaran kian terasa, berbaki 2 sahaja sukan yang akan dipertandingkan. Wisma manakah yang akan dinobatkan sebagai JUARA KESELURUHAN bagi Kejohanan Sukan 3 Penjuru tahun 2023. KEKALKAN SEMANGAT DAN SELAMAT BERJUANG!!

   

   

   

SHAH ALAM, 2 DIS 23 - "Harta Yang Paling Berharga" Moto yang dipilih pada tahun ini bagi sambutan Hari Keluarga Pusat Hidrografi Nasional 2023 bertempat di iCity Water World Shah Alam. Majlis telah berjaya dilaksanakan dengan kehadiran warga pangkalan bersama ahli keluarga dan turut diserikan dengan kehadiran YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan serta isteri Datin Nor Hayati binti Abdullah. Majlis telah dimulakan dengan acara perasmian oleh Ketua Pengarah Hidrografi disusuli dengan kemeriahan gimik pelancaran majlis berlatarkan lagu “Harta Berharga” dendangan artis seberang. Pelbagai permainan turut disediakan kepada semua yang hadir. Majlis menjadi lebih istimewa buat kanak-kanak dengan permainan outdoor yang disediakan seperti Egg hunt, Musical Tube, Rubber & Straw, Hole in One. Acara Rescue 911 & Fire Fighter bagi yang dewasa. Tahniah diucapkan kepada pemenang bagi setiap permainan dan cabutan bertuah yang telah dilaksanakan. Terima kasih atas semangat kerja berpasukan yang ditonjolkan! Semoga ikatan silaturahim ini dapat dikekalkan hingga ke akhir hayat. Terima kasih juga diucapkan kepada barisan AJK bagi Sambutan Hari Keluarga pada tahun ini yang telah memberikan sepenuh komitmen untuk menjayakan hari yang penuh bermakna buat seluruh warga Pusat Hidrografi Nasional dan keluarga.

   

   

   

JOHOR BHARU, 27 NOV 23 - Majlis Penutup dan Graduasi UTM HYDRO I Kategori B 2023 telah dilaksanakan pada 27 Nov 2023 bertempat di Le Grandeur Palm Resort, Johor Bahru. Tahniah diucapkan kepada 4 x anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari kepakaran Hidrografi yang telah terpilih dan berjaya menamatkan kursus UTM HYDRO I dengan jayanya. Penghantaran peserta dari kalangan anggota LLP untuk menyertai kursus ini adalah demi menyahut aspirasi PHN untuk melahirkan anggota TLDM yang lebih kompeten dan bertaraf dunia setanding dengan negara maju yang lain. Majlis turut diserikan dengan kehadiran oleh YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksda Dato’ Hanafiah bin Hassan, Ketua Pegawai Staf Metoc dan Pertahanan, Kdr Ts. Mohd Khairunie bin Mohamed TLDM, Dekan Fakulti Alam Bina dan Ukur, UTM, Prof Sr Dr Kherun Nita binti Ali, Pengarah Jabatan Geoinformasi, Dr. Zamri bin Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Hidrografi UTM (FIG/IHO/ICA) Prof Sr Dr Mohd Razali bin Mahmud dan semua tenaga pengajar yang terlibat. Tahniah dan syabas kepada semua penuntut kursus yang telah berjaya menamatkan kursus dengan cemerlang.

   

   

KUALA LUMPUR, 18 NOV 23 - Program 3KM Family Fun Walk anjuran BAKAT Laut Lembah Klang telah berlangsung dengan jayanya pada pagi ini di Padang Kawad Kem Kementah, Kuala Lumpur. Program ini dimeriahkan dengan kehadiran YBhg Pengerusi Jemaah BAKAT Laut, Puan Sri Dr Norinah binti Mustapha. Turut hadir Pengerusi BAKAT Laut Lembah Klang, Datin Nor Hayati binti Abdullah dengan diiringi Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato Hanafiah bin Hassan serta ahli keluarga yang lain. Program turut disertai oleh warga BAKAT dan keluarga dari PHN dan KD SAAS. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.

    

   

   

PULAU INDAH, 17 NOV 23 - KUNJUNGAN HORMAT ke atas Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan oleh Pengurus Besar Petroleum Industry of Malaysia Mutual Aid Group, Captain Zalina binti Sungip pada pagi ini.

   

   

PULAU INDAH, 10 NOV 23 - BENGKEL PEGAWAI HIDROGRAFI BAGI TAHUN 2023 (BPH23) telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Pusat Hidrografi Nasional bermula pada 7 hingga 10 November 2023. Pelaksanaan BPH23 ini merupakan platform untuk mengadakan sesi perbincangan, percambahan minda, pembangunan modal insan dan interaksi berkesan di kalangan peserta terutamanya dari unit luar PHN bagi tujuan sumbang saran, berkongsi pandangan dalam menambah baik tadbir urus organisasi hidrografi TLDM.

   

   

   

ANUGERAH PHN

 

APLIKASI ONLINE


 
 

Hubungi Kami


Pusat Hidrografi Nasional

Bandar Armada Putra,
Pulau Indah,
42009 Pelabuhan Klang,
Selangor, Malaysia

 

Telephone
+603-40160816 (QM)

Kaunter Jualan Carta
+603-40160846

Isnin - Jumaat
8:00AM - 5.00PM 

 

 

Capaian Pantas

 

 Hak Cipta | Dasar & privasi | Penafian

   

Pengunjung

Hari ini 51

Mingguan 1257

Bulanan 7459

Keseluruhan 299987

Pola Viral Mahjong Ways Real Skema Unik Naga Hitam Tak Berkutik Racikan Perangsan Mahkota Zeus Pola Pemancing Scatter dan Multiplier Incess Trik Dapat Petir Jumbo Olympus 1000 Sudah Rungkad Terbitlah Sensasional Trik Cuan Banyak di Game Online Server Indo Waktu Krusial JP Starlight Princess x1000 RTP Game Online Akhir Pekan Simbol Kemenangan Gates Of Olympus Mahjong Scatter Maxwin 2024 Pola Pemikat Perkalian Besar Olympus Gulungan Kemenangan Besar Starlight Princess Terbaru Petir Merah Berubah Segalanya Pola Ratu Selatan di Mahjong Ways