

PULAU INDAH, 28 Mei 22 - Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi Pangkalan TLDM Pulau Indah telah dilaksanakan dengan jaya pada pagi ini. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran seluruh warga pangkalan bersama keluarga dan diserikan dengan kehadiran YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan serta Datin Nor Hayati binti Abdullah. Majlis menjadi lebih istimewa buat kanak-kanak apabila pelbagai permainan outdoor disediakan seperti Soopa Doopa, funride scooter dan pemberian belon hiasan oleh badut. Tahniah diucapkan kepada pemenang bagi anugerah Pakaian Keluarga Sedondon, Pakaian Bujang Tercantik dan pemenang bagi Cabutan Sampul Raya Bertuah. Terima kasih juga diucapkan kepada barisan AJK bagi Sambutan Hari Raya yang diketuai oleh Pegawai Memerintah KD SAAS serta dibantu oleh Pegawai Laksana KD SAAS dan Pegawai Waren Markas PHN.
PULAU INDAH, 25 Apr 22 - Majlis Penyerahan Beg dan Bungkusan Hari Raya Aidilfitri kepada warga #NavyPeople Pusat Hidrografi Nasional yang akan bertugas pada 1 Syawal 1443H. Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan. Semoga dengan sedikit manisan ini dapat menyerikan pagi Syawal mereka yang sedang bertugas. Sedia Berkorban!
PULAU INDAH, 21 Apr 22 - Warga #NavyPeople dari Pusat Hidrografi Nasional sekali lagi berhimpun di Wisma Laskar dalam Majlis Khatam Al-Quran Tahun 2022. Majlis diadakan bermula jam 0900H dan disempurnakan oleh YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksda Dato’ Hanafiah bin Hassan. Seramai 45 peserta tadarus pada kali ini terdiri dari kalangan pegawai dan anggota termasuk kakitangan awam berjaya menamatkan bacaan al-Quran 30 juzu’ secara berkumpulan. Semoga al-Quran terus-menerus menjadi rakan akrab kita di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat kelak.
PULAU INDAH, 18 Apr 22 - Majlis Iftar Ramadhan Wisma Indah 2022 telah jayanya berlangsung pada 18 April 2022 bertempat di Wisma Indah, Pusat Hidrografi Nasional. Majlis iftar ini dimeriahkan dengan kehadiran Ahli Wisma bersama keluarga dan YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan selaku Penaung Wisma Indah serta Datin Nor Hayati binti Abdullah turut hadir bagi menyerikan majlis. Majlis diadakan sebagai platform mengeratkan hubungan silaturahim di antara Ahli Wisma Indah dan keluarga selepas majlis seumpama tidak dapat dianjurkan selama 2 tahun disebabkan oleh Pandemik COVID-19 yang melanda.
PULAU INDAH, 7 Apr 22 - Warga #NavyPeople dari Pangkalan TLDM Pulau Indah telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Sunat Terawih sempena Hari Ulang Tahun TLDM ke-88 malam tadi. Majlis turut disertai oleh Ketua Pengarah Hidrografi Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan dan isteri Datin Nor Hayati binti Abdullah serta seluruh warga pangkalan dan keluarga.
PULAU INDAH, 2 APR 2022 - Mesyuarat Tahunan BAKAT Laut Pusat 2022 yang diadakan pada 2 April 2022 telah berlangsung secara live streaming di Auditorium Pusat Hidrografi Nasional melibatkan 29 ahli BAKAT PHN, KD SAAS dan KDSK.
PULAU INDAH, 31 MAC 2022 - Warga #NavyPeople dari Pusat Hidrografi Nasional melaksanakan Program Derma Darah Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-88. Program telah disempurnakan oleh YBhg Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana Muda Dato’ Hanafiah Hassan. Rekod baharu juga telah tercipta apabila 146 beg darah berjaya didermakan oleh warga PHN pada 31 Mac 22 bertempat di Wisma Bintara Pangkalan TLDM Pulau Indah (PTPI) dengan kerjasama Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM). Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penderma yang prihatin untuk kepentingan dan kesejahteraan bersama. “Be a hero, save a life.”
PULAU INDAH, 30 MAC 2022 - Program Ceramah Agama Bulanan bagi warga #NavyPeople Pusat Hidrografi Nasional telah diadakan di Wisma Laskar, Pangkalan TLDM Pulau Indah. Ceramah telah disampaikan oleh Lt Kol Ust. Abdul Jabar bin Yusof, Pegawai Staf 1 Agama Markas Tentera Laut. Ceramah agama pada kali ini membawa tajuk "Ibrah Israq Mikraj & Marhaban Ya Ramadhan".
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." (QS. Al Baqarah: 183)
Hubungi Kami
Pusat Hidrografi Nasional Bandar Armada Putra,
|
Telephone Kaunter Jualan Carta Isnin - Jumaat |
Pengunjung
Hari ini 70
Mingguan 2219
Bulanan 4622
Keseluruhan 355869