

PULAU INDAH, 9 JAN 20 - Majlis Pemakaian Pangkat, Penyampaian Sijil Anugerah Kualiti Penggal Keempat dan Penyampaian Sijil Penghargaan Program Body Mass Index (BMI) bagi Warga Pangkalan TLDM Pulau Indah (PTPI) telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Hidrografi Laksamana Muda Dato’ Hanafiah bin Hassan pada 9 Jan 2020.
Majlis didahului dengan Majlis Pemakaian Pangkat dan seramai 7 anggota PTPI telah dinaikkan pangkat iaitu:
1) PW I PRL Mohd Zainuddin bin Ibrahim.
2) PW I HDI Mohd Suhaimi bin Mustafha.
3) PW II HDI Zakaria bin Awang.
4) PW II HDI Riduan bin Sojod.
5) BM PAP (GI) Mohd Shamsul bin Yahya.
6) BM PNK Norlida binti Hj. Ab. Hamid.
7) LK TNL Abdul Hakim bin Samsudin.
Bagi penyampaian Sijil Anugerah Kualiti Suku Tahun Keempat, Lt Kdr Mohammad Azmi bin Rosdee TLDM telah dipilih bagi Kategori Pegawai manakala BK HDI Amir bin Idris bagi Kategori Bintara dan Kategori Laskar Kanan ke Bawah, LK PWP Muhammad Hilman bin Awang Hamat telah terpilih.
Majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil Penghargaan Program BMI kepada 3 x anggota yang telah menunjukkan penurunan BMI setelah mengikuti Program BMI anjuran KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (KD SAAS). Sijil telah disampaikan kepada BK HDI Zakaria bin Awang, LK HDI Mohd Azuar bin Hashim dan LK HDI Mohd Khairul Azhar bin Ahmad Zuki. Syabas dan tahniah diucapkan.
Anggota yang dinaikkan pangkat bergambar bersama Ketua Pengarah Hidrografi
Penerima Anugerah Kualiti Penggal Keempat 2019
Penerima Sijil Program BMI
SUBANG, 7 Dis 19 - Sambutan Hari Keluarga Pusat Hidrografi Nasional (PHN) bagi tahun 2019 telah disambut meriah pada 7 Dis 19 di Kelab Menembak Selangor dengan slogannya "Keep Calm and Enjoy National Hydrographic Centre Fun Day". Sambutan Hari Keluarga 19 (HK19) ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada ahli keluarga warga Pusat Hidrografi Nasional yang menjadi tulang belakang dalam menyokong kerjaya pasangan masing-masing disamping mengeratkan hubungan sesama warga.
Warga PHN dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu Maroon, Biru, Kelabu dan Hitam. Setiap kumpulan berjaya mewujudkan tema dan maskot mengikut kreativiti kumpulan masing-masing. Sambutan dimulakan dengan senamrobik dan seterusnya dirasmikan oleh Ketua Pengarah Hidrografi Laksamana Muda Hanafiah bin Hassan dan diiringi oleh Timbalan Ketua Pengarah Laksamana Pertama Dr. Najhan bin Md Said. Pelbagai acara sukaneka telah dianjurkan dan pemenang ditentukan berdasarkan jumlah kutipan mata setiap kumpulan.
Juara bagi HK19 telah diungguli oleh Kumpulan Pirate Black. Naib johan dimenangi oleh Kumpulan Royal Blue dan tempat ketiga jatuh kepada Kumpulan Light Grey manakala Kumpulan Maroon Heart di tempat keempat. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat memeriahkan Sambutan Hari Keluarga PHN 2019.
Pulau Indah, 27 Nov 19 - Pangkalan TLDM Pulau Indah telah melaksanakan Program Jiwa Murni di Surau Asy-Syakirin Laguna Park. Program ini disertai oleh 30 orang penduduk setempat dan 80 orang pegawai, anggota serta kakitangan awam dari Pangkalan TLDM Pulau Indah. Program ini merupakan kerjasama warga Pangkalan TLDM Pulau Indah bersama masyarakat setempat dan turut dihadiri oleh Pengarah Geospatial Kdr Lukman Hanafiah bin Azamar Omar TLDM.
Program ini bertujuan untuk menyemai semangat kerjasama di samping dapat meningkatkan kesejahteraan kualiti hidup yang sihat, memupuk perpaduan di antara satu sama lain serta dapat memasyarakatkan warga Pangkalan melalui aktiviti gotong-royong dan kerjasama dengan masyarakat setempat. Di antara kerja-kerja yang dilakukan adalah pembersihan di sekitar luar dan dalam kawasan Surau, mengecat pembahagi jalan, memangkas dahan pokok, trim pokok bunga, mesin rumput, menyusun buku, mencuci kolam wuduk dan membersihkan permaidani.
Secara keseluruhannya program ini telah mencapai objektif yang diinspirasikan dan kejayaan ini berkat kerjasama antara warga Pangkalan TLDM Pulau Indah dengan penduduk Surau Asy-Syakirin Laguna Park,Pulau Indah. Di akhir program Pengerusi Surau iaitu Encik Ariff bin Muhamad mengucapkan ribuan terima kasih atas komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh warga Pangkalan dan penduduk setempat.
TANJUNG PENGELIH, 7 Nov 19 - Mesyuarat Jawatankuasa Hidrografi Negara (JHN) Ke-26 telah berlangsung pada 7 Nov 19 pagi di Wisma Seri Bayu, KD SULTAN ISMAIL, Tanjung Pengelih, Johor.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg Laksamana Muda Hanafiah bin Hassan, Ketua Pengarah Hidrografi dan turut dihadiri oleh 12 Agensi Awam, 3 Agensi Swasta dan 2 Institut Pengajian Tinggi Awam.
Mesyuarat JHN ini adalah sebagai satu platform yang mengkoordinasikan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bidang hidrografi dan menyatukan komuniti yang aktif dengan hidrografi di bawah satu badan yang bermandat. Berdasarkan rekod, JHN telah ditubuhkan pada tahun 1987. Dengan wujudnya JHN ini, kerjasama perkongsian data dan aktiviti-aktiviti di antara agensi yang berkepentingan dalam hidrografi khususnya dan maritim amnya dapat diselaraskan dengan baik.
Mesyuarat selesai pada jam 1700H petang dan seterusnya ahli mesyuarat telah diraikan dengan majlis Ramah Mesra di Wisma Seri Bayu, KD SULTAN ISMAIL. Ahli mesyuarat turut diberi peluang melawat Pangkalan Maritim Abu Bakar pada keesokan harinya iaitu sebuah pangkalan milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang terletak di Batuan Tengah. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada perwakilan JHN tentang kepentingan pangkalan tersebut yang berperanan mengawal kedaulatan wilayah laut negara. Secara amnya, mesyuarat kali ini telah berlangsung dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan.
Pendaftaran Kehadiran Ahli Mesyuarat
Gambar Berkumpulan Ahli Mesyuarat JHN
Mesyuarat JHN sedang berlangsung
Penyampaian cendera hati kepada Pegawai Memerintah Pangkalan Maritim Abu Bakar
Makan malam MJHN Ke-26
Penyampaian cendera hati kepada salah seorang peserta MJHN
KUALA LUMPUR, 24 Okt 19 – Mesyuarat ke-12 Jawatankuasa Teknikal Marin MyGDI (JTMM) telah berlangsung pada jam 9.45 pagi di Bilik Mesyuarat 1, Telekom Malaysia Convention Centre, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Mesyuarat JTMM ini telah memasuki siri ke-12 penubuhannya yang mana JTMM bertujuan untuk menzahirkan hubungan kerjasama antara Agensi Kerajaan dan Government Linked Companies (GLC) melalui perkongsian maklumat geospatial marin di negara ini. Penubuhan Jawatankuasa Teknikal Marin MyGDI (JTMM) juga adalah seiring dengan Pelan Strategik Pusat Hidrografi Nasional untuk menyediakan platform Marine Spatial Data Infrastructure (MSDI) di Malaysia seterusnya menyokong pembangunan Infrastruktur Data Geospatial Negara iaitu Malaysia Geospatial Data Infrastructure (MyGDI). MyGDI merupakan platform perkongsian maklumat geospatial di kalangan agensi pembekal dan pengguna sekaligus mengelakkan pembaziran daripada aktiviti-aktiviti bertindih dalam pengumpulan, pemprosesan dan penyaluran maklumat geospatial yang diperlukan untuk tujuan perancangan, pengawasan dan penguatkuasaan terhadap sumber marin negara di kalangan jabatan Kerajaan dan agensi berkaitan. Mesyuarat kali ini telah dipengerusikan oleh YBhg Laksamana Pertama Dr Najhan bin Md Said, Pengarah Kanan Hidrografi. Seramai 44 delegasi daripada 22 agensi-agensi kerajaan dan GLC yang mana merupakan ahli JTMM hadir di dalam mesyuarat ini. |
Antara agenda yang dibincangkan adalah maklum balas dari perkara-perkara berbangkit daripada siri mesyuarat yang lepas serta membincangkan status terkini penyediaan infrastruktur data geospatial marin di Malaysia. Sesi mesyuarat juga diisi dengan sesi perkongsian maklumat daripada ahli JTMM. Terdapat 4 pembentangan pada Mesyuarat JTMM kali ini. Pembentangan pertama dan kedua daripada PHN iaitu Status Pangkalan Data MyMarine Geo-Hub yang disampaikan oleh Lt Astitie Hartatie PSSTLDM dan Pengenalan IHO S-100 Universal Hydrographic Data Model yang disampaikan oleh Kdr Kamaruddin bin Yusoff TLDM. Seterusnya adalah pembentangan daripada Petronas bertajuk Using GIS Web Map Application for Managing and Monitoring Oil and Gas Asset in Petronas yang disampaikan oleh En Mohamad Zahari bin Mokhtar. Pembentangan terakhir adalah daripada Malaysia Space Agency (MySA) bertajuk Kerjasama MySA dan PHN disampaikan oleh Kolonel Razak bin Sipit. Melalui mesyuarat ini juga, satu keputusan telah dicapai untuk menubuhkan Kumpulan Kerja S-100 Universal Hydrographic Data Model dalam menyediakan keperluan maklumat marin berdasarkan produk-produk spesifikasi S-100 Universal Hydrographic Data Model. Mesyuarat selesai pada jam 13.10 tengahari dan seterusnya seterusnya kesemua ahli mesyuarat menikmati juadah makan tengah hari yang telah disediakan oleh pihak Telekom Malaysia (TM). Mesyuarat JTMM Ke-12 ini telah berlangsung dengan jayanya dan mencapai objektif yang di gariskan dengan kerjasama erat pihak penganjur iaitu TM serta seluruh ahli JTMM. Seterusnya Mesyuarat JTMM ke-13 dirancang akan dilaksanakan pada bulan September 2019 bertempat di Jabatan Meteorologi Malaysia. Pusat Hidrografi Nasional mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat. |
Kunjungan Hormat Pengarah Kanan Hidrografi Ybhg Laksamana Pertama Dr Najhan bin Md Said kepada En Firman Johari Nasir, General Manager Carrrier Network Development, TM Global. |
Laksamana Pertama Dr Najhan memberikan cenderahati kepada wakil Telekom Malaysia. |
Sepanjang mesyuarat dijalankan. |
Pembentangan oleh Ketua Pegawai Staf Geospatial, Kdr Kamaruddin bin Yusoff TLDM |
PULAU INDAH, 26 Sep 19 – Mesyuarat Ke-16 Jawatankuasa Geospatial Pertahanan (JGP) telah berlangsung pada jam 9.30 pagi di Bilik Mesyuarat Batimetri, Pusat Hidrografi Nasional. Mesyuarat kali ini adalah pertama kali diadakan di PHN yang mana telah menjadi hos bagi lokasi mesyuarat ke-16 ini selepas Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada mesyuarat siri yang lepas. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg Leftenan Jeneral Datuk Kamalruzaman bin Mohd Othman, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia dan turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, YBhg Sr Dr Azhari bin Mohamed selaku Penasihat Jawatankuasa. Terdahulu, Penasihat Jawatankuasa turut menegaskan bahawa Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) akan terus menyokong dan menyediakan semua keperluan pemetaan dan perkhidmatan geospatial bagi keperluan ATM sebagaimana mandat Kerajaan Malaysia melalui persetujuan Jemaah Menteri pada 31 Mac 1965. Seramai 25 delegasi wakil daripada perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan 5 agensi-agensi kerajaan berkaitan pertahanan yang mana merupakan ahli JGPhadir di dalam mesyuarat ini. Mesyuarat JGP merupakan persidangan yang penting dalam memperkasakan penggunaan maklumat geospatial kepada ATM. Antara agenda yang dibincangkan adalah maklumbalas dari perkara-perkara berbangkit dari siri mesyuarat yang lepas serta membincangkan perkara-perkara baharu yang telah dibangkitkan. Sesi mesyuarat juga diisi dengan sesi penerangan danstatus perkembangan pengoperasian pangkalan data geospatial di dalam persekitaran selamat melaluiDefence Geospatial Information Management (DGIM) yang telah disampaikan oleh Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP). Mesyuaratselesai pada jam 12.45 tengahari dan seterusnya ahli mesyuarat mengambil peluang membuat lawatan ke Kapal Republik Indonesia BIMA SUCI (KRI BIMA SUCI) yang berlabuh di jeti PHN.Berdasarkan rekod, mesyuarat kali ini pertama kali diadakan di PHN dan ianya berlangsung dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan. |
|
|
Johor Bahru, 26 Ogos - PHN melaksanakan Obligasi Nasional. Pengarah Geospatial Kdr Lukman Hanafiah TLDM dan Lt Kdr Azmi Rosedee TLDM menghadiri Mesyuarat Persediaan Malaysia Singapore Joint Committee on Environment (MSJCE) bertempat di Jabatan Alam Sekitar Johor.
Johor Bahru, 26 Ogos 19 - Pengarah Geospatial Kdr Lukman Hanafiah bin Azamar Omar TLDM dan Lt Kdr Azmi bin Rosedee TLDM sertai lawatan dan tinjauan ke atas tapak projek penambakan di Danga Bay, Lido Waterfront Boulevard, R&F Princess Cove dan Forest City bersama tim Malaysia Singapore Joint Committee on Environment (MSJCE).
26 Ogos - Sesi Percambahan Minda oleh Lt Astitie Hartatie binti Toha PSSTLDM yang bertajuk Penyediaan Metadata ke dalam MyGDI Explorer kepada warga Pusat Hidrografi Nasional bertempat di Auditorium Pusat Hidrografi Nasional
23 Ogos 19 - Request the Pleasure of your Company (RPC). Wisma Indah berbesar hati menganjurkan Majlis RPC bagi mewakili TLDM dalam meraikan tetamu daripada Tentera Laut Korea Selatan iaitu Republic Of Korea Ship (ROKS) KANG GAM CHAN.
Hubungi Kami
Pusat Hidrografi Nasional Bandar Armada Putra,
|
Telephone Kaunter Jualan Carta Isnin - Jumaat |
Pengunjung
Hari ini 235
Mingguan 235
Bulanan 2385
Keseluruhan 318186